07 January 2018

ABBY MOHON DOA, ANAK TIRI TERLIBAT KEMALANGAN MOTOR


Penyanyi dan pelakon Abby Abadi menerusi laman Instagram miliknya memaklumkan yang anak tirinya, Danish Edry, 12, telah terlibat dengan kemalangan motorsikal di Kota Bharu, Kelantan, baru-baru ini.





Untuk makluman, Danish merupakan anak kepada suami Abby, Muhammad Faizal Zakaria menerusi perkahwinan sebelum ini.

"Makluman 6/1/2018. Sahabat-sahabat yang kami sayangi kerana Allah, kami nak ucapkan terima kasih kerana sudi membeli produk/gadget/tudung jualan kami. Sangat-sangat kami hargai. Hanya Allah sahaja dapat membalasnya.

Klik untuk gambar besar


"Cumanya untuk kelmarin, semalam dan hari ini kami terpaksa tangguhkan dulu urusan jual beli yang terus dengan kami di Instagram, Facebook dan WhatsApp kerana saya dan Suami berada di Kota Bharu dari pagi semalam kerana anak suami yang bernama Danish Edry yang dijaga ibunya yang berumur 12 tahun ni accident motor.

"Agak teruk juga keadaannya. Mohon doa kalian ya agar anak ini cepat sembuh. #AllahUjiSebabSayang. Tak dapat nak share lebih sebab tak banyak maklumat. Sebarang pertanyaan boleh tanya terus pada suami saya. Sekian," tulis Abby.

Di ruangan komen, rata-rata peminat mendoakan agar anak tiri Abby itu segera diberikan kesembuhan.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: