Takziah kami ucapkan kepada anggota kumpulan UNIC, Bazli Hazwan yang telah kehilangan bapa tercintanya, Che Osman Mat Isa yang menghembuskan nafas terakhir awal pagi semalam.

Allahyarham yang berusia 63 tahun meninggal dunia di Hospital Shah Alam selepas dimasukkan ke hospital selama sehari.
Menurut Bazli, jenazah bapanya selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh bersebelahan kubur anak sulungnya, Muhammad Syahid.
Sebelum ini, Bazli kehilangan anak lelakinya yang menghembuskan nafas terakhir pada Jun lalu akibat kanser limfoma.
Klik untuk gambar besar

www.myartis.com / Sumber: Bazli UNIC IG
________________________

No comments:
Post a Comment