13 February 2018

AJL 32: NYANYIAN WANY HASRITA TERIMA KRITIKAN


Semua mengetahui penyanyi Hael yang membawa lagu 'Jampi' dinobatkan sebagai juara Anuagerah Juara Lagu yang ke-32 baru-baru ini.





Namun begitu, penyanyi yang mula dikenali ramai menerusi aplikasi popular Smule, Wany Hasrita pulang dengan tangan kosong tanpa sebarang anugerah menerusi single pertamanya 'Menahan Rindu'.

Ada sesetengah peminat yang menjangka Wany bakal menjuarai AJL tahun ini kerana 'Menahan Rindu' mendapat sambutan yang baik sehingga beliau layak ke pentas anugerah berprestij tersebut.

Klik untuk gambar besar


Bagaimanapun, persembahan Wany pada malam Ahad lalu itu tidak seperti yang diharapkan. Ada yang mengatakan suaranya sumbang.

Netizen turut berpendapat Wany terlalu fokus kepada drama semasa persembahan tersebut berbanding nyanyiannya.

Bukan mudah untuk bakat baru membuat persembahan secara live di pentas besar seperti AJL. Tentu ada perasaan gementar bukan? Cuba kalau kita yang nyanyi, ketaq tak lutut tu? Hehe..












ATAU KLIK DISNI UNTUK TONTON VIDEO


www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: