27 February 2018

CAHAYA MATA KEEMPAT - LAN SOLO DEDAH WAJAH & NAMA PENUH


Menerusi laman Instagram, penyanyi Lan Solo telah mendedahkan wajah serta nama penuh cahaya mata keempatnya yang selamat dilahirkan pada 24 Februari lalu.





Dalam kemas kini terbaru itu, Lan memberitahu yang dia dan isterinya, Nur Sheila Hassim telah sepakat menamakan bayi mereka dengan nama 'Nur Amna Quxandra'.

Biarpun bayi yang dilahirkan sedikit 'istimewa', sumbing di bahagian mulut, namun ramai memuji kecomelan bayi itu. Rata-rata ramai memuji Lan dan isteri kerana bertuah memiliki bayi seumpama itu.

Kecomelan cahaya mata keempat pasangan itu juga turut mendapat perhatian peminat, selain berkulit putih merah dan pandai mengukir senyuman ketika dihala kamera ke wajahnya.

Klik untuk gambar besar


Untuk maklumkan, sebelum ini pasangan ini sudah dimaklumkan mengenai kondisi bayi tersebut. Tapi apapun, asalkan kesihatan ibu dan bayi sihat.

Lan dan Sheila mendirikan rumah tangga pada 5 Disember 2009. Pasangan ini sudah dikurniakan tiga anak iaitu Nur Amna Qaleesya, 8, Nur Amna Qeesyara, 6, dan Muhammad Akid Qassyaff, 4.

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Lan dan isteri diatas kelahiran bayi keempat yang cukup istimewa ini. Semoga ia menambahkan keceriaan dalam rumah tangga.










www.myartis.com / Sumber: Lan Solo IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: