24 February 2018

ISTERI LAN SELAMAT LAHIRKAN ANAK KEEMPAT, PEREMPUAN


"Alhamdulillah.. 4:10 pagi tadi! Thank you Allah.. thank you semua yang mendoakan keduanya...," demikian kata bekas vokalis kumpulan Kristal, Lan Solo, 33, yang telah menimang cahaya mata keempat apabila isterinya, Nur Sheila Hassim, 33, selamat bersalin.





Lan Solo atau nama penuhnya, Mohd Razlan Mohamed Yusof, menghela nafas lega apabila dapat berada di sisi isterinya saat melahirkan anak perempuan ketiganya itu.

Lan berkata beliau yang baru saja pulang dari Jakarta, Indonesia, pada Khamis lalu, menyambut puterinya yang dilahirkan dengan 2.5 kilogram.

"Alhamdulillah, nasib baik 'baby' sempat tunggu saya balik dari Jakarta. Sepanjang di sana, saya memang tak senang duduk ketika bekerja. Saya juga dapat memotong sendiri tali pusat anak keempat kami.

"Isteri dimasukkan ke bilik bersalin sekitar jam 1 pagi tadi dan selamat melahirkan anak kami selepas tiga jam. Selepas empat tahun, akhirnya kami berdua selamat menyambut cahaya mata keempat, yang melengkapkan lagi keluarga kami.

Klik untuk gambar besar


"Saya akan berlepas ke Sabah pula tengah hari ini, namun sehari saja di sana. Selesai saja urusan, saya akan membawa pulang isteri dan anak pulang ke rumah, jadi dapatlah Sheila berehat seketika di hospital sementara saya bekerja," katanya.

Isteri bekas peserta Gegar Vaganza musim ke-4 (GV4) itu melahirkan bayi perempuan mereka dua minggu lebih awal daripada jangkaan doktor.

Akhir tahun lalu, Sheila pernah dimasukkan ke hospital selepas pertandingan GV4, dan doktor mengesahkan dia mengalami kebocoran air ketuban kerana terlalu aktif bekerja.

Lan dan Sheila mendirikan rumah tangga pada 5 Disember 2009. Pasangan ini sudah dikurniakan tiga anak iaitu Nur Amna Qaleesya, 8, Nur Amna Qeesyara, 6, dan Muhammad Akid Qassyaff, 4.












www.myartis.com / Sumber: Berita Harian & Lan Solo IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: