06 February 2018

IZREEN TERUK DIKECAM - NETIZEN MAHU BOIKOT MAJALAH URTV


Biarpun isu poligami ini halal di sisi agama... namun di Malaysia, ia memang agak panas untuk dibincangkan dan merupakan satu isu yang dikira sensitif oleh kaum wanita.





Justeru, apabila majalah tempatan terkenal URTV menampilkan pelakon Izreen Azminda dan penyanyi Adira Suhaimi sebagai penghias muka hadapan untuk tema 'Naluri Isteri Nombor 2', Instagram majalah itu 'diserang' segelintir netizen.

Terdapat netizen mempersoalkan tujuan majalah itu mengangkat nama wanita yang memusnahkan kebahagiaan orang lain. Kerana geram, ada juga ingin memboikot enggan membeli majalah itu lagi.

Biarpun begitu, pihak URTV sempat membalas dengan mengatakan yang netizen tidak berhak menghukum orang lain.

Klik untuk gambar besar


Bagaimanapun, majalah itu tetap dihentam dengan kecaman bertalu-talu. Ada juga yang masih membangkitkan tindakan Izreen bernikah secara rahsia tanpa pegetahuan isteri pertama dulu.

Kalau lihat pada ruangan komen, nama Izreen lebih hangat diperkatakan berbanding Adira. Malah kenyataan Izreen sebelum ini berkenaan 'extend masjid' juga disebut dalam krtikan pedas mereka.

Untuk makluman, Izreen, 32, telah berkahwin dengan pemuzik Gegar Vaganza, Ude Wahid, 29, sebagai isteri kedua tanpa diketahui isteri pertamanya, Intan Liana Azman, 32, seorang surirumah.

Izreen mempunyai seorang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu manakala Ude dan Intan mempunyai dia orang anak lelaki.






www.myartis.com / Sumber: Beautifunara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: