21 February 2018

KAPSYEN BERTUNANG TUKAR - SUFIAN BUAT PEMINAT SEBAK


Menerusi laman Instagram, penyanyi Sufian Suhaimi dilihat telah menukar kapsyen di gambar pertunangan dengan pelakon Elfira Loy.





Penyanyi yang popular menerusi lagu 'Terakhir' itu telah mengubahkan kata-katanya menjadi ucapan pengakhiran hubungan dengan Elfira.

Menurut Sufian, beliau tidak pernah menyesal mengenali wanita itu dan ianya merupakan hari paling indah buatnya.

Kata-kata pada gambar pertunangan yang diambil empat bulan itu telah membuatkan peminatnya sebak bila membacanya. Malah, ramai memberikan kata-kata semangat buat jejaka itu untuk meneruskan kehidupan.

Klik untuk gambar besar


Berpegang dengan kata-katanya, Sufian membuktikan beliau tidak mempunyai perasaan dendam terhadap Elfira mahupun keluarganya dengan tidak memadam sekeping pun gambar di sekitar majlis pertunangan mereka beberapa bulan lalu.

Tempoh hari, bapa Elfira memaklumkan telah memulangkan cincin pertunangan mereka sekaligus mengakhiri tali pertunagan secara rasmi.

Enggan mendedahkan sebabnya, kedua-dua belah keluarga pasangan selebriti itu menerima keputusan tersebut dengan terbuka.



Bagaimanapun, Elfira yang kini masih berada di luar negara, tidak memberikan sebarang komen lagi mengenai perkara ini.

Namun jika dilihat pada Instagramnya miliknya, Elfira hanya meninggalkan sekeping gambar menerima sejambak bunga sebelum memadam segala gambar pertunangan itu.

Apa-apapun, kami doakan yang terbaik buat mereka dan semoga kedua-duanya akan ditemui apa yang dicari.
















www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: