20 February 2018

TAHNIAH - ISTERI JAE SUK HAMIL ANAK KE-2 SELEPAS 8 TAHUN MENANTI


Selepas lapan tahun menanti, akhirnya pengacara dan pelawak terkenal Korea, Yoo Jae Suk, 45, bakal menimang cahaya mata kedua apabila isterinya, Na Kyung Eun sah hamil.





Baru-baru ini, hos program realiti popular Korea, 'Running Man', tersebut mengumumkan isterinya itu kini sedang hamil.

Menurut laporan Sports Chosun, isteri Jae Suk dikatakan telah pergi ke sebuah hospital baru-baru ini.

Satu sumber yang rapat dengan pasangan itu memaklumkan Na Kyung Eun sangat gembira apabila disahkan berbadan dua selepas bertahun-tahun dia dan suaminya berusaha untuk menimang lagi zuriat.

Klik untuk gambar besar


Pasangan itu menganggap anugerah cahaya mata kedua mereka ini sebagai hadiah luar biasa sempena Tahun Baru Seollal (yang disambut masyarakat Korea) baru-baru ini.

Menurut laporan Soompi, Yoo Jae Suk mengakui gembira dengan berita itu dan dia tidak sabar menantikan kehadiran ahli keluarga baru tidak lama lagi.

"Yoo Jae Suk juga sangat gembira dengan berita ini dan dia tidak menyangka akan dikurniakan seorang lagi anak selepas sekian lama menanti.

"Yoo Jae Suk mengesahkan mengenai berita kehamilan isterinya, Na Kyung Eun selepas mereka melakukan pemeriksaan di hospital baru-baru ini.



"Ketika ini kandungan Na Kyung Eun masih di peringkat awal dan mahu isterinya menjaga kandungan itu dengan sebaiknya," kata sumber.

Untuk makluman, Yoo Jae Suk dan Na Kyung Eun mendirikan rumah tangga pada Julai 2008. Pasangan terbabit dikurniakan seorang cahaya mata bernama Yoo Ji Ho selepas setahun berkahwin yang kini berusia lapan tahun.

Ternyata berita itu mengejutkan peminat dan rata-rata mereka turut gembira dengan berita yang dikongsikan ini serta mendoakan kandungan tersebut sihat.

Tidak hanya meraih populariti menerusi 'Running Man', Jae Suk juga dikenali popular menerusi program televisyen lain seperti 'Infinite Challange' dan 'Happy Together' (musim ke-3).


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Malaysian Digest


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: