20 February 2018

ISU FARID KAMIL - TAJ (INNUENDO) & OSH (FIRDAUS) TAMPIL BERI KERJASAMA


Berhubung dakwaan Datuk Farid Kamil mengenai dadah yang dimasukkan ke dalam minumannya, anggota kumpulan Innuendo, Ahmad Tajuddin Mohamed Tahir atau Taj akhirnya tampil memberi keterangan di Balai Polis Mutiara Damansara.





Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Superitendan Ku Mashariman Ku Mahmood ketika dihubungi berkata, Taj bersama peguamnya hadir kira-kira pukul 11 pagi Selasa bagi membantu siasatan berhubung perkara itu.

"Individu tersebut hadir pagi tadi di Balai Polis Mutiara Damansara, kita ambil keterangan dan akan tengok semula keterangan yang telah diambil dan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Ku Mashariman berkata, keputusan ujian saringan air kencing artis berusia 40 tahun itu masih dianalisis dan setakat ini, tiada tangkapan dibuat.

Taj hadir bersama peguam, Muhamad Akmal Arif Shamsul Kahar dan Mohammad Ashmeer Mohammad Ashrof Raja.

Klik untuk gambar besar


Pada 11 Februari, pengarah dan penerbit sebuah syarikat pengiklanan beribu pejabat di Johor Bahru, Ahmad Fairuz Ahmad Rusli atau Osh, tampil memberi keterangan berhubung dakwaan Farid itu.

Menurut Muhamad Akmal, anak guamnya, Taj dan Osh yang juga ddaripada kumpulan Firdaus mengganggap diri mereka dianianya.

Peguam yang mewakili dua individu yang didakwa Farid berhubung dakwaan terlibat memasukkan dadah dalam minuman pelakon itu berkemukinan bakal mengambil tindakan undang-undang.

"Sebenarnya saya baru dilantik oleh Taj untuk mewakili dirinya kerana dia baru mengetahui mengenai perkara ini. Kami akan beri kerjasama sepenuhnya dengan pihak polis untuk menjalankan siasatan berhubung kes ini.



"Soal mengambil tindakan undang-undang ke atas dakwaan Farid akan dibuat selepas ini berdasarkan keputusan siasatan polis. Perkara ini dilakukan untuk membersihkan semula nama kedua-dua anak guam saya ini," jelasnya.

Sementara itu, menerusi siaran langsung sebuah portal, peguamnya Muhamad Akmal Arif berkata, Taj sudah memberi kerjasama dan menyerahkan tindakan selanjutnya kepada pihak polis.

"Apa pun kami sudah beri kerjasama dan serahkan kepada pihak polis untuk keputusan selanjutnya. Saya dihubungi oleh Taj malam tadi (Isnin) untuk mendapatkan bantuan, kita akan ikut lunas undang-undang. Ada perkara yang saya tidak boleh beritahu dan mungkin akan dibawa ke muka pengadilan," ujarnya.

Sementara itu, Akmal memberitahu kedua-dua anak guamnya juga akan memberi kenyataan dalam sebuah sidang akhbar yang akan berlangsung dalam waktu terdekat.



Sebelum ini, Farid membuat laporan polis mendakwa tiga rakan artis memasukkan ganja dalam minumannya menyebabkan beliau berkelakuan ganjil dan ganas sehingga mendorongnya menyerang polis dan orang awam, 11 Januari lalu.

Dalam pada itu, suami kepada pelakon & penyanyi Diana Danielle itu turut mendakwa diberikan rokok yang sudah disapu dengan minyak dipercayai daripada bahan dadah.

Pada 6 Februari lalu, Sofi Jikan tampil memberi keterangan dan ditahan reman selama tiga hari pada keesokan harinya selepas didapati positif dadah jenis ganja.

Polis kemudian memberi tempoh 24 jam kepada dua lagi individu, termasuk Taj supaya tampil memberi keterangan berkaitan laporan Farid itu.




www.myartis.com / Sumber: mStar & Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: