09 February 2018

KES FARID KAMIL: TAJ INNUENDO, FIRDAUS DIMINTA TAMPIL


Pelakon Datuk Farid Kamil sebelum ini telah mmbuat laporan polis dengan mendakwa tiga orang rakan artis telah memasukkan ganja dalam minumannya sehingga menyebabkan dia berkelakuan ganjil dan menyerang seorang anggota polis dan orang awam.





Untuk itu, pelakon Sofi Jikan yang dikaitkan dengan kejadian tersebut telah hadir ke balai polis pada Rabu setelah diminta oleh pihak polis.

Seterusnya, pelakon filem 'KL Gangster' itu ditahan reman selama tiga hari untuk membantu siasatan selepas didapati positif dadah jenis ganja.

Pelakon itu disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya serta perintah pengawasan sehingga tiga tahun.



Terkini, dua lagi individu yang didakwa memasukkan dadah dalam minuman Farid terjawab apabila pihak polis meminta dua artis tersebut untuk menyerah diri.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, pihak polis memberi tempoh sehingga Jumaat iaitu hari ini buat Ahmad Tajuddin atau Taj dan Firdaus untuk tampil bagi membantu siasatan.

Taj ialah anggota kumpulan Innuendo yang popular pada tahun 1990-an dan dikenali dengan lagu 'Belaian Jiwa'.



"Kita percaya salah seorang daripada mereka berada di Johor Bharu. Saya gesa kedua-dua mereka untuk segera tampil selewat-lewatnya esok (hari ini) sebelum tindakan tegas dibuat," katanya.

Pada 16 Januari lalu, Farid didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, atas empat pertuduhan iaitu dua tuduhan menyebabkan kecederaan, berkelakuan tidak senonoh dan mengganggu penjawat awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara.

Manakala pada 25 Januari lalu, Farid Kamil mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret sama, atas pertuduhan mengambil dadah jenis jenis THC iaitu dalam kumpulan ganja.




www.myartis.com / Sumber: mStar & Sinar Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: