09 February 2018
MAJLIS SANDING - FATTAH & FAZURA PILIH 25 FEBRUARI INI
Majlis sanding bagi pasangan selebriti, Fattah Amin, 27, dan Nur Fazura, 34, Sharifuddin akan diadakan tiga bulan selepas nikah iaitu pada 25 Februari ini.
Pasangan pelakon drama bersiri 'Hero Seorang Cinderella' itu memilih bulan yang sering dikaitkan dengan cinta iaitu Februari untuk meraikan hari bersejarah mereka bertempat di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.
Pasangan terbabit selamat melangsungkan pernikahan dalam majlis tertutup yang diadakan di sebuah hotel terkenal, di ibu negara, 27 November lalu.
Fazura sah bergelar isteri kepada Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH 3.0, itu hanya dengan sekali lafaz sekitar jam 9.50 malam.
Kronologi kisah cinta Fattah dan Fazura bermula apabila kedua-duanya membintangi drama bersiri popular itu sehingga membuatkan peminat mencipta gabungan nama berserta tanda pagar #Fattzura.
Klik untuk gambar besar
Kehadiran Fattah pada acara pertunjukan fesyen House of Doll milik Fazura sambil memberi jambangan bunga di atas pentas serta menghadiahkan 500 kuntuman mawar ketika sambutan ulang tahun penyanyi 'Sayangi Dirimu' itu, September lalu, menguatkan lagi desas-desus mereka sememangnya bercinta.
Ketika mengerjakan umrah pada 15 hingga 23 November lalu, pelbagai spekulasi mengenai ikatan sebenar pasangan ini timbul, sekaligus ada yang mengatakan mereka sudah bernikah ketika berada di Tanah Suci Makkah.
Enggan terus berteka-teki, Fattah dan Fazura meleraikan tanda-tanya itu dengan memaklumkan mereka sudah mengikat tali pertunangan pada 13 November.
www.myartis.com / Sumber: Berita Harian
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment