27 February 2018

NAFI MENARI GHAIRAH: "LIHAT INISIATIF DARIPADA KUTUK" - KILAFAIRY


"Sebenarnya, saya dan pihak pengurusan banyak meneliti cara tarian sebelum kita menyiapkan koreografi. Takkanlah saya nak menari dengan apa yang dikatakan ghairah sedangkan saya tahu video itu untuk tontonan di Malaysia. Memang kurang masuk akal.





"Kita cuba sedaya upaya untuk menampilkan groove lagu itu melalui tarian. Itu saja. Saya rasa mungkin persepsi negatif sesetengah pihak saja," kata penyanyi Kilafairy yang menafikan sengaja menari secara ghairah dalam video muzik lagu terbarunya, 'Put The Word In' seperti yang diperkatakan netizen.

Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir Khan, 26, berkata dia dan pihak pengurusannya, Paranormal Records meneliti cara tarian sebelum menyiapkan koreografi.

Kata Kila lagi, dia berharap lebih ramai orang dapat melihat inisiatifnya dan pihak label untuk menonjolkan bakat ke persada dunia.

Klik untuk gambar besar


Namun, anak kepada penyanyi Rohana Jalil ini menerima segala komen dan cadangan dengan hati terbuka untuk memperbaiki dirinya di masa hadapan.

"Saya harap lebih ramai orang dapat melihat inisiatif saya dan pihak label untuk menunjukkan bakat orang Malaysia ke persada dunia daripada mengutuk segala inisiatif kami.

"Tapi apa-apapun, semua komen dan cadangan kita terima dengan hati yang terbuka untuk perbaiki lagi di masa depan," ujarnya.



Kilafairy diminta mengulas mengenai kritikan netizen yang mengatakan tariannya di dalam video muzik nyanyian duet bersama DJ Aku Ash dan Sean Kingston itu mengghairahkan seperti penari tiang.

Video muzik lagu terbaru Kilafairy menjadi trending dan menerima banyak pujian daripada peminatnya. Malah, ada juga yang berpendapat terlampau banyak autotune dan jalan cerita klip video juga tidak jelas.

Ia mula dimuatnaik di YouTube pada 16 Februari lalu dan kini menjadi trending di tempat ke-15 serta mendapat lebih 497,000 tontonan.



Bagaimanapun, ada juga yang memuji klip video itu seperti antarabangsa serta menampilkan selebriti Malaysia iaitu Izara Aishah, Joe Flizzow, Altimet, Idris Khan dan Kaka Azraff.

Dalam pada itu, Kilafairy meluahkan rasa teruja dan gembira apabila lagu serta video muzik itu mendapat sambutan peminatnya.

"Alhamdulillah... Saya bersyukur ramai yang menyukai lagu dan video muzik itu. Lagu ini mudah untuk menari bersama. Ramai peminat rasa gembira dengar lagu ini dah cukup bermakna buat saya.

"Terima kasih kepada syarikat label saya iaitu LMG (Lion Music Group). Mereka tahu apa yang terbaik untuk pendengar dan percaya pada diri saya," tuturnya.










www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: