24 February 2018

RUMAH DIPECAH MASUK - KERETA IQRAM PULA LANGGAR TEMBOK


Malang tak berbau... demikian yang menimpa pelakon Iqram Dinzly apabila rumahnya dipecah masuk pencuri dan juga keretanya terbabit kemalangan.





Perkara tersebut dikongsi oleh pelakon yang sering terlibat kontroversi menerusi laman Instagram miliknya baru-baru ini.

Lewat malam kelmarin, Iqram memberitahu kediamannya di Damansara itu dipecah masuk pencuri dan telah mengambil barangan berharga bernilai lebih RM10,000.

Antara barangan berharga yang dicuri ialah tiga utas jam tangan, iPhone 6 dan laptop peninggalan arwah bapanya.

"Alkisah cerita kelmarin mangga dikopak dan jam bernilai RM10,000, telefon bimbit Iphone 6 serta laptop arwah bapa telah dirompak. Walau apa pun, tak perlu memberontak, hanya syukuri ujian dan dugaan Allah," ujarnya.

Klik untuk gambar besar


Beberapa jam kemudian, Iqram memuatnaik pula gambar kereta jenis Honda CRV miliknya rosak selepas terlanggar tembok. Menurut Iqram, kejadian itu terjadi kerana dia terlalu penat dan mengantuk. Namun tiada sebarang kecederaan dialaminya.

"Apabila diri terlalu penat dan mengantuk maka terhentak di tembok dan isteriku (kereta) cedera terluka sebegini. Satu persatu ujian yang diberi dan semakin ku sedari.

"Sekiranya jadi maka jadilah ia, usah dipertikaikan lagi kerana semua ini suratan takdir," katanya lagi.

Menerusi kepsyen gambar tersebut, dia tetap tenang dan sabar menghadapi dugaan dan mungkin ada hikmah disebalik kejadian menimpanya. Apapun, semoga Iqram tabah mengahdapi dugaan ini.








www.myartis.com / Sumber: Iqram Dinzly IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: