23 February 2018

PELAWAK DITAHAN POLIS, MILIKI GANJA SEBERAT 7.80 GRAM


Kelmarin, selepas menemui ganja seberat 7.50 gram dan alat untuk menghisap ganja di kediamannya di Taman Melati, Gombak, pelakon komedi telah ditahan pihak polis. Dalam serbuan pada 1 tengah hari, polis turut menemui alat untuk mengisar daun ganja.





Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, tangkapan dilakukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Wangsa Maju berdasarkan maklumat.

"Sepasukan lima anggota pergi ke sebuah rumah di Taman Melati susulan maklumat yang diterima dan terdapat seorang lelaki di dalamnya.

"Lelaki itu kemudian mengambil sendiri satu beg kain berzip berwarna ungu dari bawah meja di ruang tamu mengandungi satu botol plastik lutsinar berisi ranting dan leraian daun kering disyaki dadah jenis ganja anggaran berat 7.50 gram," katanya.

Klik untuk gambar besar


Tambahnya lagi, turut ditemui dalam beg berkenaan, satu alat pengisar disyaki untuk mengisar ganja.

"Turut dirampas satu botol plastik yang diubah suai disyaki peralatan menghisap dadah jenis ganja. Berdasarkan siasatan awal lelaki berusia 26 tahun berkenaan mengaku mengambil bekalan daripada seorang lelaki yang dikenali sebagai Sapek di Shah Alam, Selangor.

"Pelakon berasal dari Perak itu juga mengaku mengambil dadah sejak enam bulan lalu. Keputusan saringan ujian air kencing belum diperolehi dan lelaki itu dibawa ke Lokap Berpusat Jinjang untuk siasatan mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952," tuturnya.


www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: