23 February 2018
"AYAH MAK KAT HOSPITAL, MOHON DOA KALIAN" - ABBY ABADI
Menerusi laman Isntagram, bekas penyanyi kumpulan Elite dan pelakon, Abby Abadi memohon peminat mendoakan ibu bapanya agar terus kuat dan bertahan.
Bekas pelakon drama bersiri 'Gerak Khas' itu memmuatnaik gambar ibu bapanya yang sedang berada di hospital.
"Ayah dan mak. Dua-dua kat hospital. Mohon doa kalian agar ayah dan mak kita terus kuat dan bertahan dengan ujian Allah ini ya," tulis Abby di IGnya.
Klik untuk gambar besar
Melihat di ruangan komen, pengikut setia IG Abby mendoakan agar ibu bapa isteri kepada Muhammad Faizal Zakari ini diberikan kesembuhan.
Dalam masa yang sama, peminat juga turut mendoakan agar Abby sekeluarga tabah menempuh ujian yang diberikan Allah.
www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment