23 February 2018

GADIS TRIVAGO, DAHLIA SHAZWAN SELAMAT LAHIRKAN 'BABY GIRL'


Sama tarikh dengan pelakon Nora Danish, pengacara televisyen (TV) dan juga model iklan Trivago, Dahlia Shazwan juga telah selamat melahirkan cahaya mata sulung, perempuan kira-kira jam 3.15 pagi pagi semalam.





Bayi comel yang tidak didedahkan wajahnya itu dilahirkan dengan berat 2.7 kilogram di sebuah Hospital Swasta Kuala Lumpur.

Difahamkan, wad Dahlia terletak bersebelahan dengan Nora yang turut melahirkan putera sulung hasil perkongsian hidupnya dengan suami, Nedim Nazri pada jam 9.02 pagi semalam.

Klik untuk gambar besar


Berita gembira itu dikongsi oleh penerbit Syarikat Global Station, Zetty Adila Ramly melalui aplikasi Insta Stories dengan kapsyen: "Tahniah, Mummy Dahlia! Assalamualaikum baby F".

Kapsyen itu juga disertakan dengan gambar merakamkan wajah Dahlia yang sedang tersenyum disamping puterinya itu.

Terdahulu, Dahlia atau nama penuhnya Dahlia Shazwan Mohd Amin, 28, yang lebih dikenali menerusi iklan Trivago ini berkahwin dengan Shafiq Ismet pada 23 Julai 2016.








www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Beriat Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: