22 February 2018
PUNCA PUTUS TUNANG - SUFIAN TAK DAPAT SEDIA WANG HANTARAN?
Kita semua mengetahui hubungan antara penyanyi Sufian Suhaimi dan pelakon Elfira Loy sudah pun berakhir selepas permulangan cincin pertunangan dilakukan mengikut adat.
Walaupun ia sudah berakhir, namun peminat masih berteka-teki dan membuat spekulasi sendiri mengenai punca perpisahan mereka.
Terbaru, ada mendakwa kegagalan penyanyi yang popular menerusi lagu 'Terakhir' itu menyediakan wang hantaran menjadi punca.
Klik untuk gambar besar
Seorang individu bernama '@rayzman123' menerusi Instagram mendakwa maklumat tersebut kononnya diperolehi beliau apabila didedahkan oleh seorang kenalan rapat keluarga Elfira.
Jelasnya, Sufian tidak dapat menyediakan wang hantaran seperti diminta keluarga Elfira. Perkara tersebut didedahkan melalui ruangan komen pada satu laporan daripada mStar Online.
Bagaimanapun, ramai meragui kesahihan maklumat tersebut dan meminta individu itu tidak mengeruhkan lagi keadaan yang sudah selesai.
Manakala menerusi laporan Utusan Online, Sufian meminta agar peminat tidak terus membuat spekulasi liar mengenai punca perpisahan mereka.
Menurut Sufian, perit buat mereka menghadapi dugaan ini, jadi biarlah mereka saja tahu kebenaran disebalik perpisahan yang berlaku.
Kami juga tidak pasti sejauh mana kesahihan maklumat berkenaan. Biarlah mereka mengunci kebenaran disebalik perpisahan mereka daripada membangkitkan dan membuatkan ramai hati terluka.
www.myartis.com / Sumber: mStar & Utusan
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment