22 February 2018

13 FOTO: SELAMAT BERSALIN - NORA DANISH & SUAMI DEDAH WAJAH & NAMA


Alhamdulillah... tahniah kami ucapkan kepada pasangan Nora Danish dan Nedim Nazri yang telah menimang cahaya mata mereka yang selamat dilahirkan pagi tadi.





Nora dan suaminya itu nampaknya tidak mengambil masa lama untuk mendedahkan wajah bayi lelaki mereka yang telah diberikan nama iaitu Mohamed Neqayl Nazri Aziz Bin Nedim.

Menerusi kedua-dua akaun Instagram pasangan ini, mereka mendedahkan yang nama bayi lelaki mereka itu turut memuatnaik beberapa keping gambar bayi mereka untuk tatapan para peminat.

Klik untuk gambar besar


Menerusi video video yang dikirimkan menerusi akaun media sosial mereka, kita boleh nampak yang pasangan ini sangat gembira menyambut kelahiran anak pertama hasil perkahwinan kali ini.

Untuk makluman, bayi tersebut merupakan anak kedua bagi Nora dan juga Nedim yang sebelum ini pernah berkahwin dan dikurniakan seorang anak lelaki.

Kami doakan Ney Ney (gelaran untuk bayi lelaki mereka) membesar dengan sihat dan menjadi penyeri kehidupan Nora dan Nedim selepas ini.
























www.myartis.com / Sumber: Nora Danish IG & Nedim Nazri IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: