08 March 2018

10 TAHUN SABAR - ADAM CORRIE & ISTERI BAKAL 'BERTIGA'


"Alhamdulillah.. syukur ke hadrat ilahi atas kurniaanMu... Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan kebahagian kami. Alhamdulillah. Allah dah bagi honeymoon 10 tahun berdua. InsyaAllah kelak bertiga pula.





"Ya Allah, semoga Engkau jadikan bayi ini sihat, sempurna, berakal cerdas dan mengerti dalam urusan agama.

"Ya Allah semoga Engkau memberikan kepada bayi ini umur yang panjang, sihat jasmani dan rohani, bagus budi perangainya, fasih lisannya. Serta bagus suaranya untuk membaca dan Al Quran Dan tinggikanlah darjat.

"Dan luaskanlah rezeki. Dan jadikanlah bagi manusia yg selamat di dunia dan akhirat dan taat pada agama dan Allah.

"Kami doakan juga pasangan yang masih berusaha dapatkan zuriat berikan zuriat yang soleh dan solehah... Aamin allahumma aamin," kata Adam Corrie yang berkongsi momen paling indah dalam hidupnya menerusi laman Instagram semalam.

Klik untuk gambar besar


Alhamdulillah... tahniah kami ucapkan kepada Adam Corrie dan isterinya, Fazema Mohd Fuad apabila mereka akhirnya bakal menimang cahaya mata setelah 10 tahun menanti.

Berita gembira tersebut telah mmbuatkan ramai yang tersentuh selain berkongsi rasa yang sama dengannya.

Gambar Adam Corrie memegang gambar imbasan anaknya itu telah mendapat lebih 40,000 likes dan 3,000 komen.

Berkat kesabaran Adam Corrie dan isteri, akhirnya segala doa dan impian tercapai serta dimakbulkan.






www.myartis.com / Sumber: Adam Corrie IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: