08 March 2018
OPICK NIKAH JANDA MUDA - ISTERI KECEWA, MAHU DICERAIKAN
Isteri pertama penyanyi lagu dakwah berasal dari Indonesia, Opick iaitu Dian Rositaningrum secara diam-diam nekad memfailkan cerai setelah hampir 16 tahun hidup bersama.
Keputusan tersebut dikatakan berpunca kerana Dian kecewa atas keputusan suaminya menikahi satu lagi dengan janda muda.
Sebelum ini, rumah tangga pelantun lagu 'Rapuh' itu dan isterinya pertamanya dilaporkan kini dilanda konflik.
Memetik laporan WowKeren.com, Dian sejak dari mula lagi berasa sangat sedih kerana Opick berpoligami tanpa izinnya.
Klik untuk gambar besar
Namun kini Dian sudah menerima ketentuan itu tetapi memilih tidak lagi tinggal sebumbung dengan Opick.
"Sudah tidak serumah. Mungkin kalau dikata menangis, sudah habis kali ya air matanya. Saya hormat, dia wanita yang tegar luar biasa.
Penderitaannya tuh, luar biasa lah wanita yang sangat tegar," kata pengacara Ina Rachman yang juga merupakan teman baik Dian.
Dalam permohonan cerai tersebut, Dian turut membuat beberapa permintaan. Bagaimanapun permintaan tersebut tidak didedahkan.
"Ada beberapa permintaan yang dibuat anak guam saya (istri Opick) kepada suaminya, supaya semua dapat selesai baik-baik.
"Saya belum dapat bercakap panjang lebar, kerana sidang pertama saja belum dihadiri. Jadi tunggu sidang seterusnya pada 20 Mac ini," katanya peguam Dian.
www.myartis.com / Sumber: Malaysian Digest
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment