08 March 2018

ADIK DATANG JAMIN - SUAMI ZIANA ZAIN AKHIRNYA BEBAS


Terpaksa bermalam selama beberapa hari di Penjara Sungai Buloh selepas tiada ahli keluarga atau rakan yang tampil membayar ikat jamin, namun kini suami kepada penyanyi Ziana Zain iaitu Armin Zaharin Ahmad Zambri akhirnya bebas.





Armin bebas daripada tahanan yang dilaluinya sejak 2 Mac lalu apabila adik mengikat jaminnya sebanyak RM5,000 dibayar pada petang hari ini.

Adik kepada bekas ketua pramugara sebuah syarikat penerbangan itu hadir ke Mahkamah Majistret Shah Alam bagi menyelesaikan ikat jamin berkenaan.

Dalam pada itu, pada sebutan semula kes tersebut pada Khamis, Armin mengekalkan pengakuan tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas tuduhan pindaan kes itu dibacakan kepadanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Megat Mahathir Megat Tharih Afendi meminda pertuduhan iaitu Seksyen 324 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan.

Klik untuk gambar besar


Di bawah Seksyen 326A, Armin, 53, boleh dikenakan dua kali ganda tempoh maksimum atas sabitan kesalahan dibawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Bagi Seksyen 324, jika sabit kesalahan, berdepan dengan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan.

Mengikut pertuduhan, Armin didakwa dengan sengaja menggunakan rotan sehingga menyebabkan luka dan lebam ke atas anaknya di sebuah rumah di Denai Alam, dekat sini, di antara pukul 8 malam hingga 10.30 malam pada 24 Februari lalu.

Sebutan semula kes itu didengar dihadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin. Mahkamah menetapkan 6 April depan untuk pengurusan dokumen kes.



Dia diwakili peguam, Muhammad Zufar Elias yang bertindak sebagai peguam bidan terjun yang rela hati mahu membantunya pada sebutan semula kes itu.

Armin ditangkap pada 2 Mac lalu selepas Ziana membuat laporan polis pada 27 Februari lalu.

Ziana atau Siti Roziana yang popular dengan lagu 'Madah Berhelah' dan 'Putus Terpaksa' itu bernikah dengan Armin pada 9 Mei 1998.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Muhammad Aiman, 18, dan Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.






www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: