08 March 2018

DI MAHKAMAH ESOK - FARID BAKAL DITUDUH BUAT LAPORAN PALSU


Atas pertuduhan membuat laporan polis palsu berhubung kononnya tiga rakan artis meletakkan dadah di dalam minumannya, pelakon Datuk Farid Kamil, 37, bakal didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya esok.





Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata Farid akan dituduh mengikut Seksyen 192 Kanun Keseksaan.

"Kes sudah dirujuk kepada Pengarah Perundangan Negeri Selangor dan diarahkan dituduh mengikut Seksyen192 Kanun Keseksaan.

"Jika sabit kesalahan dia boleh dihukum penjara tiga tahun dan denda mengikut Seksyen 193 kanun yang sama," katanya.

Dalam sidang media sebelum ini, Farid mendedahkan gambar dua lelaki yang didakwa individu sebenar meletakkan dadah dalam minumannya.

Klik untuk gambar besar


Dakwa Farid, individu sebenar yang mendatanginya pada hari kejadian adalah pengurus artis dan penyanyi yang memperkenalkan diri sebagai Taj dan Osh.

Farid turut menafikan dua artis yang tampil memberi keterangan berhubung kes dadah itu bukan individu sebenar yang digambarkannya kepada polis.

Pada 16 Januari lalu, suami kepada pelakon Datin Diana Danielle itu didakwa atas empat pertuduhan iaitu menyebabkan kecederaan, berkelakuan tidak senonoh dan mengganggu penjawat awam di Balai Kota Damansara pada 11 Januari.

Beliau turut dituduh di mahkamah sama atas penggunaan dadah jenis THC iaitu ’11-nor -tetra hydrocannabinol-9-carboxylic acid, yang juga dadah terdapat pada ganja.








www.myartis.com / Sumber: Via Berita Harian & Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: