11 March 2018
ALBUM DICETAK ROMPAK - AMY SEARCH LUAH RASA KESAL
Menerusi laman Instagram, penyanyi kumpulan rock lagenda, Amy Search telah meluahkan rasa kesal apabila album terbaharu kumpulannya berjudul 'Search Katharsis' dicetak rompak dan dijual secara terang-terangan di sebuah pusat membeli belah.
Melihat pada entri yang dimuatnaik itu, Amy Search mengakui isu penjualan cetak rompak masih berleluasa walaupun keadaan sekarang amat berbeza daripada dulu.
"Perompok ini mereka rompak hasil seni semua bangsa, asalkan laris, hari ini aku dah 37 tahun dalam industri tapi mereka masih tak pernah berhenti merompak walaupun keadaan sekarang amat berbeza dari dulu.
"Album terbaru Search Kathrsis di cetak rompak yangg di jual secara terang-terangan di dalam sebuah plaza raya daripada album Cintai Buatan Malaysia 1985 smpailah sekarang 2018.
"Hasil pendapatan dari cetak rompak diaorang pun meningkat. Paling tinggi hasil diaorang daripada album Fenomena iaitu lagu Isabella. Masa itu terjual melebihi 200.000 units. Bayangkan berapa banyak diaorang sapu hasil seni kami.
Klik untuk gambar besar
"Mana taknya India, Cina pun beli album itu. Isabella itu diminati semua bangsa termasuk Indonesia, Brunei dan Singapura. Kira seluruh nusantara minat lagu Isabella.
"Buat perompak ini diaorang rompak hasil seni semua bangsa, asalkan yang laris dan hari ini aku dah 37 tahun dalam industri tapi diaorang masih tak pernah berhenti merompak walaupun keadaan sekarang amat berbeza daripada dulu.
"Selagi ada pembeli selagi itu diaorang jual walaupn salah di sisi undang-undang dan lebih teruk lagi dijual secara terang terangan tanpa rasa hormat," tulisnya.
Rata-rata peminat bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh Amy Search dan mereka berharap agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan mengenai isu ini supaya nasib pengiat seni dapat dibela.
"Penjualan fizikal sangat terhad dan yang membeli adalah peminat fanatik jadikan sebagai koleksi. Selagi ada pembeli selagi tu mereka jual walaupun salah di sisi undang-undang. Lebih teruk lagi dijual secara terang-terangan tanpa rasa hormat.
"Kalaulah hukuman jika didapati menjual hasil seni negara secara haram ialah sebat tanpa bicara dari dulu tentu tak berani mereka jual. Kasihan hasil seni anak bangsa dirompak sejak zaman P.Ramlee lagi," katanya.
Sementara itu, pemilik nama Suhaimi Abdul Rahman ini tidak menolak isu ini akan berterusan dan tiada kesudahan gara-gara sikap individu tidak bertanggungjawab yang hanya memikirkan keuntungan semata-mata.
"Realitinya sampai aku dah mati, hasil seni aku tetap dirompak macam arwah P.Ramlee. Ini di negara kita, macam mana pula negara lain seperti Indonesia, waktu itu album Fenomena terjual melebihi satu juta unit dan berapa pula cetak rompak terjual di sana dengan tiga lagu hits Isabella, Fantasia Bulan Madu (cinta Kita) dan Nafas Cinta?
"Inilah perjalanan anak seni yang sentiasa dirompak daripada album pertama kita dah buat kempen fasal cetak rompak. Orang cakap kalau kita tak boleh lawan cetak rompak kita kena join mereka, takkan kita nak jadi perompak yang merompak hasil seni anak bangsa sendiri.
"Kita bertungkus lumus bikin album 'Search Katharsis' sampai 700 jam tapi mereka dengan senang hati rompak hasil kerja seni kita dan jual tanpa segan silu. Yang menjual berdosa dan yang membeli pun berdosa sebab yang membeli tau itu barang curi. Aku harap korang tak sokong cetak rompak," ujarnya lagi.
Katharsis merupakan album ke-12 kumpulan Search dan telah dilancarkan pada November tahun lalu.
Sementara itu, ada juga peminat yang memanjangkan tulisan Amy ini kepada pengendali laman Instagram milik Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & mStar
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment