11 March 2018

VIDEO SEAKAN 'SAMA' - NETIZEN DAKWA NEELOFA 'PERLI' FAZURA


Selepas mencetuskan kontroversi hangat apabila mengadakan pelancaran tudung terbarunya di sebuah kelab malam di ibu kota, kini pelakon dan pengacara popular, Noor Neelofa sekali lagi menjadi bualan ramai.





Pelakon drama 'Red Velvet' itu baru-baru ini telah memuatnaik sebuah video menunjukkan dirinya sedang bersiap untuk penggambaran iklan beliau di Taiwan.

Namun dialog yang dilontarkan Neelofa dalam video tersebut dikatakan seakan 'memerli' video yang dirakamkan pelakon dan penyanyi Nur Fazura lebih awal.

Dalam video itu, perkara tersebut seperti diiyakan sendiri oleh tindakan make-up artist (MUA) Neelofa yang mengatakan kenyataan sinis Neelofa itu sebagai 'kejam'.

Klik untuk gambar besar


Seorang individu di Twitter mendakwa ianya bertujuan 'memerli' Fazura. Namun, sejauh mana kesahihan dakwaan tersebut belum dapat dikenalpasti.

Di ruangan balas, ramai juga yang secara tidak langsung menyedari dan meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan usahawan tersebut.

Adakah Neelofa 'memerli' atau ianya hanya sekadar gurauan sesama artis? Apapun, kita tunggu perjelasan Neelofa mengenai isu ini nanti.










VIDEO NEELOFA


ATAU KLIK LINK UNTUK TONTON VIDEO NEELOFA



VIDEO FAZURA


ATAU KLIK LINK INI UNTUK TONTON VIDEO FAZURA



www.myartis.com / Sumber: Oh Bulan & Rotikaya


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: