28 March 2018

BOB LOKMAN: "MOHON HEMBUSKAN AKU KE SYURGA DENGAN DOAMU"


Menerusi laman Facebook miliknya baru-baru ini, pelakon dan penulis lirik yang pernah popular dengan lagu 'Isabella', Bob Lokman telah meninggalkan coretan sayu yang menyentuh hati.





Dalam perkongsian itu, Bob memaklumkan keadaan kesihatannya semakin merosot dan memohon doa daripada peminatnya.

"Aku jumpa doktor lagi hari ini, rutin seorang tua. Selepas segala kegembiraan dan kesedapan aku lalui, standard sudah berubah. Selera makan dan ghairah kehidupan sudah menurun sampai ke peringkat menunggu," tulisnya.

Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, 54, turut mengucapkan terima kasih kepada pihak yang membantunya selama ini.

Klik untuk gambar besar


"Hari ini kau semua datang kembali dalam realiti dan kenangan dan aku mula mengerti bahawa hubungan kita tidak hanya sampai sini, cuma mungkin aku yang akan mendahului dengan faktor yang aku miliki.

"Sahabat, terima kasih atas segala bantu dan aku membalas dengan mohon hembuskan aku ke syurga dan doamu jika nama ku gugur dahulu di Lauhul Mahfuz," tambah Bob.

Pesanan Bob itu mendapat perhatian daripada pengikutnya yang mendoakannya segera sembuh dan sihat.






www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: