05 March 2018

DIJANGKITI INFLUENZA B - WANY HASRITA MOHON DOA


Menerusi laman Instagram, penyanyi Wany Hasrita kini sedang menjalani rawatan di sebuah hospital di ibu negara selepas disahkan dijangkiti virus Influenza B.





Gambar menampakkan penyanyi lagu 'Menahan Rindu' itu sedang berbaring sambil menggunakan penutup muka, jelas menggambarkan keadaan kesihatannya itu.

Mengikut keterangan mengiringi gambar berkenaan, Wany dikejarkan ke hospital kira-kira jam 7 pagi semalam.

"Mohon semua doakan kesihatan Wany kembali sembuh seperti sedia kala. Wany dikejarkan ke hospital sejak 7 pagi. Doktor mengesahkan Wany dijangkiti virus Influenza B," katanya.

Mengikut maklumat dikongsi, Wany ketika ini dikuarantinkan. Tambah kapsyen itu, segala kesulitan membabitkan urusan dengan penyanyi itu, ketika ini, amat dikesali.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber: Berita Harian & Wany Hasrita IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: