05 March 2018

SEJAK BERCERAI - HAFIZ HAMIDUN AKUI MAKIN RAPAT DENGAN IBU BAPA


"Mungkin selama ini kita tak sedar betapa ketika diri diuji, keluarga terutama emak dan ayah adalah insan yang mampu menenangkan.





"Saya semakin kerap menghubungi mereka. Kami banyak berbual dan saya lebih terbuka berbanding dulu. Boleh dikatakan selepas bercerai, mereka banyak memberi semangat. Kami kerap meluangkan masa bersama.

"Mungkin dulu saya terlampau mengutamakan kerja sampai kurang masa untuk insan paling bermakna dalam hidup.

"Sekarang, emak dan ayah selalu 'turun' dari kampung untuk menemankan saya. Malah, saya beri kunci rumah kepada mereka.

Klik untuk gambar besar


"Bagi saya, ibu adalah sumber kekuatan manakala ayah lambang keberanian," kata penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun yang mengaku hubungannya dengan ibu bapa makin rapat sejak kembali hidup solo.

Penyanyi berusia 34 tahun itu mengahwini usahawan produk kecantikan, Joy Revfa atau nama sebenarnya, Siti Arifah Mohd Amin pada 1 Mei, tahun lalu.

Namun, hubungan mereka tidak bertahan lama apabila sah bercerai pada Oktober lalu. Pasangan tersebut memberitahu, kedua-dua orang tuanya menjadi tempat meluahkan perasaan ketika sunyi.



Biarpun episod perceraian sarat kontroversi dan menjadi buah mulut ramai, Hafiz tidak serik berumah tangga lagi.

Tambahnya, tiada dendam apatah lagi mahu meletakkan stigma negatif terhadap perkahwinan. Malah, akui Hafiz, dia sudi membuka pintu hati kepada wanita.

"Siapa yang tidak mahu berkeluarga? Saya pun tiada masalah untuk menerima cinta baharu. Tetapi kalau boleh, biarlah wanita itu tahu mengenai apa yang pernah saya lalui selain fahami diri saya," tuturnya.


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: