12 March 2018

ISU DADAH - TAJ INNUENDO HENTAM FARID KAMIL?


"Jangan Hisap Dadah, Nanti Jadi Bodoh," antara petikan kata-kata penyanyi kumpulan Innuendo, Taj Addin menerusi facebook baru-baru ini.





Sebelum ini, pelakon Datuk Farid Kamil yang ditahan kerana menyerang seorang anggota polis dan orang awam di sebuah balai polis trafik itu telah membuat satu laporan polis mendakwa tiga orang lelaki telah memasukkan dadah ke dalam minumannya.

Antara yang dinamakan dalam laporan polis itu ialah penyanyi Innuendo itu yang popular dengan lagu 'Belaian Jiwa' sekitar pertengahan 90-an.

Memang pedas juga kata-kata Taj ini, tetapi kalau kita tak semena-mena dilibatkan dalam kes jenayah yang tidak kita lakukan, kita pun pasti akan merasa marah, bukan?

Klik untuk gambar besar


Farid telah didakwa di mahkamah atas pertuduhan membuat laporan polis palsu beberapa hari lepas. Pada 16 Januari, Farid didakwa atas empat pertuduhan iaitu menyebabkan kecederaan, berkelakuan tidak senonoh dan mengganggu penjawat awam di Balai Kota Damansara pada 11 Januari.

Beliau turut dituduh di mahkamah sama atas penggunaan dadah jenis THC iaitu ’11-nor -tetra hydrocannabinol-9-carboxylic acid, yang juga dadah terdapat pada ganja. Farid mengaku tidak bersalah atas kesemua tuduhan tersebut.

Apa-apaun, kami harap Taj bersabar, yang penting kini masyarakat tahu Taj tidak bersalah.




www.myartis.com / Sumber: Taj Innuendo FB




         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: