12 March 2018

IZREEN 'HILANG': "KENAPA LARI? SAYA YANG KENA" - RITA


Sikap pelakon Izreen Azminda yang 'hilang' dari radar media sosial menyebabkan pelakon Rita Rudaini pula menjadi mangsa netizen meluahkan kemarahan.





Sejak berita mengenai Ude Wahid telah memfailkan perceraian dengan isteri pertamanya, Intan Liana Saleh setelah beberapa bulan memperisterikan Izreen sebagai isteri kedua tersebar, Rita sebagai kawan baik Izreen turut menerima tempias kecaman netizen.

Perkara itu dikongsi Rita yang mengakui berkecil hati dengan sikap kawannya itu melalui program Melodi Ahad lalu, dan tambahnya lagi sejak bernikah, Izreen sudah tidak menghubunginya lagi.

"Saya kawan dan baik dengan semua orang. Tetapi saya tak pernah nak campur hal peribadi orang. Saya setakat kawan, bila kau susah, kau cerita kat aku, aku dengar. Kalau nak tanya sampai ke dalam kain tu, tak.

"Tapi bila dah jadi macam ni, kenapa saya? Dia pun ada kawan-kawan lain juga. Sebab saya janda ke apa? Jadi macam tak adil bila saya kena kecam, keluarga saya malu, anak-anak pun.

Klik untuk gambar besar


"Kalau saya kawan dengan seseorang, saya nasihatkan dia jika ada benda yang tak elok, terpulang mereka hendak terima atau tidak. Saya bukan jenis kawan yang biar dan tengok saja apa yang kawan saya buat," ujarnya.

Tambah Rita yang bersedia untuk bersemuka dengan Izreen namun tidak berhasil kerana masih menghilang itu berasa geram dengan sikap netizen yang turut menghentamnya dalam masalah melibatkan Izreen dan berharap orang ramai berhenti mengaitkannya.

"Sebelum ini kalau saya kena kecam saya tak pernah tutup komen, biarlah. Saya tak pernah libatkan rakan-rakan keliling. Saya bukannya mahu hentam Izreen tetapi nak beritahu tentang diri saya.

"Izreen pun kenapa buat macam ni. Kenapa lari? Kenapa tutup Instagram? Jujurnya saya berkecil hati dan terasa hati dengannya dan sebagai kawan dia tidak sepatutnya buat macam ni," tuturnya.



Luah Rita lagi, beliau sudah tidak tahan menerima kecaman orang apabila dirinya tiada kena mengena dengan tindakan Izreen.

Selain itu, Rita juga terkilan dengan sikap netizen yang mengaitkannya dengan masalah peribadi rakannya itu.

"Memang geram! Lainlah saya yang kahwin dengan suami orang. Masa benda tu pecah saya kena kecam dan bila saya menelefonnya dia kata biarlah. Dia yang tutup komen tetap saya yang kena," katanya.

Sementara itu, Rita berkata, sebagai kawan dia sudah menasihati Izreen namun selebihnya dia tidak dapat mencampuri sebarang keputusan dibuat oleh aktres itu.



"Sebelum benda ini terjadi saya dah cakap, ambil orang punya memang salah. Bagi saya poligami tu tak salah kalau adil, tapi kita buat poligami dan bermadu ni macam jahat sangat.

"Kita kena sedar, bila kita menumpang orang punya, kita ambil pula dengan tidak minta izin, kena respek dia (Intan), jangan cakap banyak, diam. Apa-apa jadi pun minta maaf. Itu yang terbaik sebenarnya.

"Saya bukan belah mana-mana. Saya pun pernah berada di tempat Intan dulu. Jadi saya rasa bila terjadi benda macam ini, dengan Ude pula tiba=tiba nak ceraikan (Intan), saya memang tak sokonglah.

"Mula-mula rahsia tu pecah, saya dah kena kecam. Dia cakap, 'biarlah'. Dia tutup komen, dia biarlah. Saya yang kena.



"Saya sabar, sehingga ke tahap ini bila saya rasa keadaan dah teruk sangat. Selepas itu, dia ada cari saya. Dan saya terus cakap dekat dia apa yang saya tak puas hati.

"Sebab itu orang kata mulut saya lantang, mulut saya jahat. Saya rasa lebih baik ada kawan yang cakap depan. Kawan yang cakap belakang tu yang bahaya," jelasnya.

Demikian luahan Rita mengenai sikap Izreen. Penulis juga tidak begitu pasti mengapa pembenci Izreen menjadikan Rita sebagai sasaran, tetapi memang setakat ini apa saja yang terkait dengan Izreen akan menjadi sasaran kecaman termasuk sebuah produksi yang mengambil Izreen berlakon.

Tidak dapat dipastikan sama ada keputusan untuk memadam Instagram ini ialah sesuatu berbentuk kekal buat Izreen yang mengambil pendekatan berdiam diri sejak berita Ude ingin menceraikan Intan menjadi viral.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: