01 March 2018

NAFI ASYRAFF PUNCA - ELFIRA BERANG IBU DITUDUH MAHU 'BERDUIT'


Enggan mendedahkan sebab membuat keputusan untuk putus tunang membuatkan netizen terus mencetuskan spekulasi mengenai punca pelakon Elfira Loy dan penyanyi Sufian Suhaimi berpisah.





Baru-baru ini, timbul dakwaan mengatakan hubungan antara Elfira dan Sufian berakhir kerana wujudnya orang ketiga.

Bagaimanapun, Elfira menerusi akaun Instagramnya menafikan dakwaan jejaka bernama Asyraff Mazlan adalah punca putusnya pertunagannya dengan Sufian.

Klik untuk gambar besar


Dalam masa sama, Elfira juga berang dengan tuduhan yang mengaitkan ibunya mahukan seorang menantu yang berduit. Beliau juga sudah bosan dengan sikap manusia yang sering ingin menimbulkan fitnah.

Gosip percintaan antara Elfira dan Asyraff mula diperkatakan selepas jejaka itu memuatnaik foto bersama Elfira ketika mengerjakan ibadah umrah pada awal bulan lalu.

Ramai yang membuat andaian bahawa mereka pergi berdua sahaja dan mengatakan Asyraff seorang usahawan adalah kekasih baru Elfira.




www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: