01 March 2018

DEDAH WAJAH SUSPEK SEBENAR - FARID AMBIL TINDAKAN 'KAKI KUDIS'


Pelakon Datuk Farid Kamil, 36, dalam sidang media khas di Shah Alam, Selangor semalam telah tampil memberikan penjelasan tentang tuduhan penyalahgunaan dadah dan insiden mencederakan pegawai polis yang berlaku sekitar awal Januari lalu.





Dalam sidang media tersebut, Farid mendedahkan dua individu dalam laporan polis dibuatnya yang dipercayai meletakan dadah dalam minumannya sebelum ini bukanlah Ahmad Tajuddin (Taj Innuendo) dan Ahmad Fairuz (Osh) dari kumpulan nasyid Firdaus.

Sebaliknya, dua individu berkenaan merupakan orang dalam industri hiburan yang mempunyai nama serupa dengan dua individu tersebut yang mendakwa sebagai kerabat diraja Johor dan Kedah.

"Saya menyebut nama iaitu Osh dan Taj iaitu manager artis dan penyanyi dalam laporan saya tapi agak memeranjatkan apabila dua orang individu yang disiasat adalah orang yang lain

Klik untuk gambar besar


"Malam sebelum saya ditahan polis ada dua individu yang saya tidak pernah jumpa sebelum ini memperkenalkan diri mereka sebagai kerabat diraja Kedah dan Johor. Mereka menggunakan dadah jenis semburan yang dipercayai belum dikesan oleh pihak polis.

"Kedua-dua individu ini cuba untuk menjatuhkan reputasi dan kerjaya saya. Saya pernah bertemu dengan kedua-dua kerabat berkenaan suatu ketika dahulu dan kami berjumpa semula pada malam kejadian.

"Kemudian saya langsung tidak sedar apa yang berlaku kepada saya sehingga awal pagi hari ketiga di dalam lokap.

"Namun, dua selebriti yang pernah dikaitkan dengan kes ini (Taj Innuendo & Osh Firdaus) bukan orang yang saya dimaksudkan," jelas Farid yang menegaskan kedua-dua selebriti yang pernah dipanggil pihak berkuasa untuk memberikan kenyataan sebelum ini bukan individu sama yang dijumpai pada malam kejadian.



Sebelum ini, Farid membuat laporan polis mendakwa tiga rakan artis memasukkan bahan terlarang ke dalam minumannya hingga mendorong dia bertindak ganas dalam sebuah balas polis bulan lalu.

Pendedahan Farid membawa penahanan Soffi Jikan yang didapai positif dadah ketika hadir memberi keterangan berhubung kes itu pada 6 Februari lalu. Bagaimanapun, siasatan masih dijalankan.

Pelakon 'Lafazkan Kalimah Cintamu' itu berkata, dia sudah memberikan maklumat serta gambar sebenar individu berkenaan, namun agak kecewa apabila mendapati dua orang yang dipanggil itu bukan individu dimaksudkan.

Dalam pada itu, Farid turut menuntut keadilan dan mendakwa dia dipukul oleh 11 anggota polis berpakaian preman pada malam ketiga dia ditahan. Katanya, perkara itu berlaku kira-kira pukul 2 pagi dalam keadaan lampu ditutup.



"Kira-kira pukul 2 pagi lampu tiba-tiba ditutup dan saya terdengar bunyi tapak kaki datang berhampiran dan lampu terbuka semua. Saya kemudian dipakaian baju berwarna putih dan tidak boleh bergerak dan lampu ditutup semula.

"Saya nampak tiga orang di atas kepala dan kiri dan kanan saya. Masa itu saya fikir matilah saya dan kesan darah banyak di baju kerana luka di dahi. Saya kemudian dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Melaya (PPUM)," tuturnya.

Dia sudah membuat laporan terhadap perkara itu selepas dibebaskan dari tahanan reman. Bagaimanapun Farid berkata, maklum balas yang diterima dari pihak polis mengecewakan.

Sementara itu, dalam kes berbeza, Farid menerusi peguamnya Faizul Mohd Nasir memberitahu sudah menghantar notis tuntutan terhadap pihak produksi sebuah drama yang dianggap lalai dan tidak menjaga keselamatannya sebagai seorang pelakon.



Faizul berkata, anak guamnya itu mengalami kudis dan kecederaan teruk pada bahagian kaki akibat penggunaan air kotor dalam sebuah babak drama berkenaan.

"Tindakan produksi tidak menggunakan air bersih dan pakaian keselamatan yang sepatutnya ketika babak aksi lasak meletakkan nyawa anak guam saya dalam bahaya.

"Namun beliau telah melakukan tugas secara profesional walaupun mengalami kecederaan serius menyebabkan dia tidak boleh memakai seluar selama 10 hari," ujarnya.

Katanya, tuntutan itu adalah atas faktor produksi berkenaan telah menyebabkan aset Farid sebagai seorang pelakon terjejas.



"Notis sudah diserahkan dan akan berbincang tentang perkara selanjutnya. Jika mahu menyelesaikan di luar mahkamah kita boleh berbincang.

"Tanggungjawab produksi untuk menjadi wajah dan tubuh badan pelakon agar tidak terjejas dan rosak yang boleh mengakibatkan kerugian kepda pelakon berkenaan," tuturnya.

Perkara itu juga sudah dilaporkan kepada Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi.

Pada 11 Januari lalu, Farid hadir ke Balai Polis Kota Damansara bersama seorang rakan untuk membuat laporan berhubung kes kemalangan jalan raya.



Bagaimanapun ketika ditanya mengenai tujuan laporan ingin dibuat, Farid menunjukkan mesej aplikasi Whatsapp berbunyi '300 artis hutang ah long'.

Farid tiba-tiba bertukar berang sebelum menampar anggota polis berkenaan yang turut disaksikan oleh seorang anggota lain dan tiga orang awam. Ujian saringan air kencing juga mendapati Farid positif dadah jenis ganja.

Pelakon itu telah ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 kerana berkelakuan tidak senonoh di balai polis serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana perlakuan yang menyebabkan kecederaan.

Selain itu, Farid juga direman mengikut Seksyen 90 Akta Polis, Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.


www.myartis.com / Sumber: mStar & Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: