02 March 2018

"BUKAN WANITA TERBAIK, SUDAH JUMPA LEBIH BAIK" - LUAH INTAN LIANA


Menjelang ulangtahun perkahwinan ke-5 yang disambut pada 1 Mac 2018 (Khamis) itu, Intan Liana Saleh, 33, meraikannya dengan air mata kesedihan kerana bakal menjadi ibu tunggal walaupun dia sudah bersedia untuk berkongsi kasih sayang hidup bermadu dengan pelakon Izreen Azminda.





Seharusnya perkahwinannya dengan Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude diraikan dalam suasana penuh kasih sayang antara suami isteri namun ia berbeza sekali bagi Intan.

Ini kerana sehari sebelum itu dia terpaksa hadir ke mahkamah syariah bagi urusan perceraian selepas Ude berhajat untuk 'menghadiahkan' talak buatnya.

Sebak mendengar luahan Intan apabila beliau memberitahu dirinya bukanlah wanita terbaik untuk suami dan gembira untuknya kerana sudah berjumpa wanita yang lebih baik sekarang.

Klik untuk gambar besar


"Saya bukan wanita terbaik untuk Ude dan dia sudah jumpa yang lebih baik untuk dirinya. Saya doa yang terbaik untuknya pada masa mendatang.

"Orang selalu cakap, dalam tempoh lima tahun memang akan ada banyak dugaan dalam perkahwinan. Jelas sekali, inilah dugaan buat saya yang perlu saya lalui," katanya

"Sebelum ini, memang saya tidak bekerja dan hanya menjadi suri rumah sepenuh masa. Kini, saya harus bermula dari kosong.

Dalam pada itu, Intan juga mengaku dirinya perlu menerima hakikat beliau harus tabah untuk hidup sebagai ibu tunggal kepada dua anak.



"Begitupun saya ada juga membuat perniagaan kecil-kecilan dalam talian, dengan menjual minyak wangi dan jamu. Insya-Allah, bulan ini saya akan lancarkan produk penjagaan bibir pula.

"Selepas ini, memang saya kena berdikari. Saya juga akan mencuba nasib mengikuti uji bakat untuk berlakon iklan.

Sepatutnya menyambut ulangtahun perkahwinan semalam, sambutan kali ini perit untuk Intan ingati apalagi hubungannya dengan suami sudah berakhir. Menerusi Instagram story, Intan meluahkan kesedihan yang ditanggung.



Menerusi dua gambar yang dimuatnaik itu jelas menunjukkan Intan pasrah dengan ketentuan takdir yang menimpa dirinya.

"Aku pernah sayang orang sepenuh hati... Sampai aku rasa hati aku mati kehilangan dia. Sedih itu datang dari hati bukan dari muka, luar nampak happy tapi dalam hanya tuhan sahaja yang tahu.

"Jika Allah tidak mengizinkan kita bersatu dengan orang yang kita cinta... Semoga Allah satukan dengan orang yang mencintai kita... #happy5thanniversary," luah isteri pertama kepada pemuzik bebas.

Empat hari yang lalu, Intan juga sudah mula memuat naik 'quote' sedih yang seakan-akan menggambarkan perasaannya.



Menerusi ruangan komen pada gambar-gambar lain, netizen memberikan kata-kata semangat buat dirinya yang mempuanyai dua orang anak lelaki hasil perkahwinannya dengan Ude.

Sementara itu, kongsi Intan, hak penjagaan anak tidak dituntut di mahkamah kerana hasil perbincangannya dengan bekas suami, ianya bergantung atas budi bicara sendiri. Bagaimanapun kes penceraian akan disebut semula pada 22 Mac.

"Jelas sekali, inilah dugaan buat saya yang perlu saya lalui. Berkaitan penjagaan anak, hal itu adalah atas perbincangan kami bersama. Ia tak dituntut di mahkamah. Semuanya atas budi bicara saya dan dirinya”

"Ikutkan, saya tak tahu lagi apa kesudahannya kerana kes perceraian ini akan disebut semula pada 22 Mac," jelasnya mengenai kes penceraiannya yang akan disebut semula.




www.myartis.com / Sumber: Berita Harian, mStar & Intan Liana


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: