02 March 2018

PERMOHONAN MAAF NEELOFA DISAMBUT BAIK MUFTI WP


"Alhamdulillah, saya melihat kenyataan akhbar ini suatu tindakan terpuji yang dibuat oleh Naelofar Hijab apabila membuat permohonan maaf terhadap kesilapan telah mereka lakukan.





"Perkara ini bertepatan dgn hadis yang bermaksud: Setiap anak Adam tidak terlepas daripada kesalahan, namun sebaik-baik pesalah adalah mereka yang bertaubat".

"Dalam melayari dunia perniagaan maka aspek keberkatan perlu diutamakan selain daripada keuntungan semata-mata.

"Justeru, pelancaran tudung baru-baru ini hendaklah tidak disertai elemen yang secara kuat boleh mengundang fitnah.

"Namun sewajarnya ia disulami dengan elemen tarbiyyah kepada masyarakat agar bertudung mengikut syariat bukan hanya fesyen semata-mata.

Klik untuk gambar besar


"Bagi memacu penambahbaikan industri tudung di Malaysia, dicadangkan agar mereka melantik 'Penasihat Syariah' yang bertanggungjawab dalam menilai setiap produk yang dihasilkan agar ianya bukan sahaja mengikut peredaran semasa malah turut menitikberatkan prinsip-prinsip syarak.

"Kewujudan penasihat seumpama ini dapat mengelakkan kejadian seperti itu berulang seterusnya terus mengekalkan kepercayaan netizen terhadap produk berperanan dalam melengkapkan kesempurnaan ibadah seseorang wanita.

"Oleh itu, dinasihatkan agar mana-mana syarikat yang mempromosikan produk yang mempunyai elemen Islami agar lebih berhati-hati dalam setiap tindakan agar ia tidak memercikkan unsur negatif kepada agama Islam," jelas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri.



Beliau yang menyambut baik permohonan maaf yang dibuat pelakon dan pengacara, Noor Neelofa, 29, serta memuji sikapnya yang merendah diri dan mengakui kesilapannya.

Selain itu, Zulkifli turut mencadangkan ahli perniagaan tudung melantik Penasihat Syariah agar tudung yang yang dikeluarkan bukan sahaja mengikut trend semasa tetapi paling penting mengikut prinsip syarak.

Neelofa kelmarin telah membuat pemohoinan secara terbuka di laman Instagram berhubung keterlanjurannya melancarkan koleksi tudung Naelofar Hijab di Zouk, Kuala Lumpur, Isnin lalu.

Perkara itu dijelaskan menerusi kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Ketua Unit Penyelidikan, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Tarmizi Mahmud.


www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: