02 March 2018

SELESAI JALANI PEMBEDAHAN BARIATRIK - AISHAH MOHON SEDIKIT PRIVASI


Menerusi akaun Instagram, juara Gegar Vaganza 4 (GV4), Aishah telah selamat menjalani pembedahan Bariatrik (prosedur pintasan saluran pemakanan atau pintasan gastrik).





Gara-gara pertambahan berat badan yang membimbangkan, Aishah atau Wan Aishah Wan Ariffin, 52, memilih menjalani pembedahan tersebut.

Menurut Aishah, tujuan pembedahan tersebut bukanlah untuk kelihatan cantik dan kurus semata-mata, sebaliknya bagi mengatasi masalah gastrik dan sakit kaki berpunca daripada berat badan.

"Buat prosedur ini pun kerana sudah tak larat. Kaki sakit bawa berat badan. Semoga apabila berat badan sudah ideal senang beribadah.

"Berat badan berlebihan membuatkan kaki tak mampu menampung beban dan kerana itulah saya memilih membuat pembedahan ini.

Klik untuk gambar besar


"Selepas balik dari trip ke Eropah baru-baru ini saya terfikir untuk buat pembedahan kerana kaki tak tahan sakit.

"Sebenarnya sakit kaki ini sudah lama saya hadapi dan setelah dicadangkan oleh seorang teman, saya rasa perlu buat pembedahan ini.

"Ini bukan fasal nak kurus cantik sahaja tapi sebab utama adalah masalah sakit kaki dan susah nak buat aktiviti harian," jelasnya.

Dalam pada itu, Aishah turut memberitahu yang dia memerlukan sedikit masa dan ruang privasi untuk berehat setelah selesai pembedahan itu kelmarin.



Difahamkan, Aishah menjalani pembedahan tersebut di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur pada Rabu.

Selain untuk mengawal berat badan, Aishah berkata pembedahan ini juga bertujuan untuk merawat penyakit gastrik yang dihadapinya.

"Saya ada masalah gastrik dan selalu lapar nak makan. Selepas pembedahan ni dah tak ada rasa lapar dan masalah sakit perut sudah tiada.

"Harapan saya pembedahan ini dapat membantu mengelakkan sebarang penyakit dalaman dan saya boleh menjalani kehidupan lebih baik.



"Lebih baik saya cegah daripada sekarang, tak nak nanti ada penyakit bahaya datang dan menyusahkan orang lain pula," katanya yang menjalani pembedahan tersebut setelah menerima nasihat pakar.

Pembedahan Bariatrik melibatkan prosedur mengecilkan saiz perut dengan cara pintasan saluran gastrik atau menyambungkan semula saluran usus kecil ke bahagian utama perut (gastric bypass).

Kemaskini terbaharu Aishah menunjukkan penyanyi yang popular dengan lagu 'Janji Manismu' itu tersenyum dan dikelilingi jambangan bunga hadiah daripada peminat.

Apa-apapun, kami mendoakan semoga Aishah segera sembuh dan diberikan kesihatan yang baik.




www.myartis.com / Sumber: mStar & Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: