22 March 2018

PAKAI TUDUNG SINGKAT - WANY HASRITA TERIMA KRITIKAN


Penyanyi Wany Hasrita dikenali sebagai seorang yang sangat sopan santun, lemah lembut dan tampil sopan dan semua itu menjadi faktor utama Wany mempunyai ramai peminat.





Walaupun masih baru dalam industri muzik tempatan, namun nama Wany semakin dikenali ramai lebih-lebih selepas muncul di pentas Juara Lagu baru-baru ini.

Namun begitu menerusi laman Instagram, Wany telah memuatnaik gambarnya dalam satu photoshoot. Apa yang menjadi perhatian ialah tudung yang dipakainya menampakkan dada.

Klik untuk gambar besar


Rata-rata peminat meminta agar penyanyi yang popular menerusi lagu 'Menahan Rindu' itu melabuhkan tudung seperti yang dipakainya sebelum ini.

Dalam masa sama, ada juga yang memerli Wany dengan mengatakan bahawa penyanyi itu semakin lupa diri selepas popular.

Apa-apapun, diharap Wany lebih berhati-hati dalam apa saja perkara. Jadi selebriti bukan senang, setiap tindak tanduk diperhatikan.








www.myartis.com / Sumber: Rotikaya & Wany Hasrita IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: