31 March 2018

SAJAT SEDIH BENGKUNG TERBAKAR, RUGI RM350K


Ekoran lori yang membawa produk kecantikan keluaran syarikat miliknya terbabit dalam kemalangan di China, pada Rabu lalu, usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman terpaksa menanggung kerugian hampir RM350,000.





Sajat memberitahu ketika kejadian, lori yang membawa muatan produk bengkungnya itu dalam perjalanan ke lapangan terbang untuk proses penghantaran ke Malaysia.

"Sangat terkilan bila lori yang nak menghala ke lapangan terbang tu terbabit dalam kemalangan jalan raya. Tak boleh nak buat apa, lori dan bengkung-bengkung kami pun terbakar. Jumlah kerugian kami hampir RM350,000," ujarnya.

Sajat berkata, pihaknya kini sedang menunggu proses insurans dan berharap semua pihak dapat bersabar berikutan kemungkinan kelewatan penghantaran produk.

Klik untuk gambar besar


Berita mengenai kemalangan itu turut dimaklumkan Sajat di laman sosial Instagramnya pada Khamis malam.

"Sedih sangat-sangat... Sajat baru dapat berita pagi tadi, lori yang sepatutnya menghantar 'bekalan terakhir' kepada kami, mengalami kecelakaan di jalan raya," tulisnya.

Dalam pada itu, Sajat memohon maaf kepada semua pihak terutama stokis, ejen dan pelanggan yang menunggu stok produk tersebut.

"Sajat betul-betul terkilan dan serba salah sangat-sangat bila berlakunya kejadian sebegini," katanya yang turut memuatnaik video kemalangan yang menunjukkan kenderaan terbakar dalam kejadian itu..






www.myartis.com / Sumber: mStar & Sajat IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: