01 April 2018
"GEDIK? TETAP TONTON JUGA" - ELLY ENGGAN PEDULI
Penyanyi dan pelakon Elly Mazlein yang kini dilihat terjun dalam bidang pengacaraan apabila menjadi pengacara rancangan 'Mentor Otai' itu didakwa gedik oleh netizen.
Bagaimanapun, Elly yang bergandingan dengan penyampai radio Hot FM, Haziq Hussni itu memberitahu yang dia tidak mempedulikan kritikan negatif netizen.
"Sebagai orang baru, saya cuba memperbaiki kelemahan menerusi kritikan yang membina. Saya selalu bertanya kepada pihak produksi mengenai apa yang boleh saya tambah untuk memantapkan gaya pengacaraan.
"Namun begitu, saya enggan peduli dengan kritikan yang menjatuhkan dan menghina, lebih-lebih lagi dari netizen.
"Mereka nak kata saya gedik? Mereka tetap tonton juga saya menggalas tugas sebagai pengacara di kaca televisyen," ujarnya.
Klik untuk gambar besar
Menyuntik gaya pengacaraan tersendiri, penyanyi lagu 'Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan' itu mendapat maklumbalas yang baik dari pihak produksi.
"Saya menjadi diri sendiri dan semuanya dipantau oleh pihak produksi. Jika ada yang tak kena, pastinya pihak produksi sudah memberitahu saya.
"Alhamdulillah, setakat ini semuanya baik-baik sahaja. Saya akan mencuba untuk memberikan yang terbaik untuk melaksanakan tugas yang telah diamanahkan," katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Elly sedang sibuk menjalani penggambaran untuk drama bersiri 'Teratai Kemboja' arahan Along Kamaludin.
www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment