01 April 2018

22 FOTO - BIRTHDAY PERTAMA ARIF JIWA DIRAI BERSAMA ANAK YATIM


Anak sulung kepada Asyraf Khalid dan Tya Arifin iaitu Arif Jiwa Asyraf yang merupakan calon Top 5 Si Cilik MeleTOP AME 2018 itu telah menyambut hari lahir pertamanya bersama anak-anak yatim di Rumah Titian Kasih, Titiwangsa, Kuala Lumpur.





Menerusi perkongsian Asyraf laman Instagram, perancangan untuk meraikan ulangtahun anak lelakinya itu di Rumah Titian Kasih adalah hasil ideanya bersama isteri.

"Tomorrow, the 31st March, is my son’s 1st birthday. I can’t believe it’s been a year since i became a dad. Arif & Tya are the two biggest blessings in my life, and i’m so grateful to have my little family.

"This year, we decided to do his birthday at Rumah Titian Kaseh with some less privileged kids. It was great to see everyone so happy, which made me so happy.

Klik untuk gambar besar


"My wife planned everything from A-Z, from getting the food, clown, presents, party pack, cotton candy, ice cream machine & also Photobooth. Thank you sayang @tyaarifinnw," tulisnya.

Hasil usaha Asyraf dan Tya mendapat pujian netizen yang terharu kerana pasangan ini berkongsi rasa kegembiraan dengan mereka yang kurang berkemampuan.

Selain Arif, calon lain bagi Top 5 kategori Si Cilik MeleTOP iaitu Aaisyah Dhia Rana, Lara Alana, Syeriv Samheizy dan Yusuf Iskandar.

Lahir pada 31 Mac 2017, Arif merupakan anak pertama hasil perkahwinan Asyraf dan Tya yang bernikah pada 1 November 2015.










































www.myartis.com / Sumber: Ashraf Khalid IG, Tya Arifin IG & Arif Jiwa IG


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: