01 April 2018

"KESAL IKUT KATA HATI" - FATHIA AKUI KESAN MASIH TERASA


"Saya kesal kerana terlalu mengikut kata hati hingga tidak lagi kenal diri. Semuanya berpunca daripada salah pergaulan. Saya terlalu naif dan hanya mengikut cakap orang hingga akhirnya, masa depan jadi korban.





"Hari ini, saya menerima balasan dan pengajaran terbesar dalam hidup. Kesannya masih terasa apabila saya dilihat hina pada mata masyarakat.

"Namun, apa yang berlaku itu juga membawa saya lebih dekat dengan Allah SWT," kata pelakon Fathia Latiff, 31, yang mengakui, kesan kesilapannya itu masih dirasai apabila dia berterusan dihambat kecaman masyarakat biarpun sudah enam bulan kontroversi video aplikasi Bigo Live berlalu

Kesan insiden itu, Fathia berkata, pernah pada satu tahap dia berasa jiwanya seperti mati hingga sanggup bertindak memalukan diri. Namun, dia bersyukur kerana Allah segera menegurnya supaya tidak terus hanyut.

Pelakon yang melonjak populariti menerusi drama 'Ariana Rose', 'Dia Isteri Luar Biasa' dan 'Plan Cinta Tak Jadi' itu berkata, dia sudah insaf dan bertekad meninggalkan perbuatan yang menghancurkan hidupnya.

Klik untuk gambar besar


Tambah Fathia, episod hitam yang berlaku ketika mencari ketenangan dengan bercuti di London pada Disember lalu menyedarkannya daripada lamunan panjang.

"Allah SWT menjentik saya dengan satu kejadian yang membuatkan saya tersedar. Saya mula terfikir satu persatu kesilapan, membuatkan saya malu dengan diri.

"Dari London, saya ke Ireland untuk bertemu adik, Fasiha Latiff. Di situ, saya muhasabah dan mula mendekatkan diri dengan-Nya.

"Saya mahu memperbaiki diri dan tidak ingin mengulangi kesilapan lalu. Pinta saya, berilah peluang kedua untuk memperbetulkan kesilapan," tuturnya.








www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: