01 April 2018

KAITKAN RAKANNYA - BEKAS ISTERI KEDUA ADI PUTRA BERANG


"Saya rasa sebagai peminat yang terlalu memuja selebriti dan artis, saya faham akan ketidakupayaan anda untuk berada dalam industri hiburan ini.





"Bila mana awak mengecam @nooraimihosamudin, itu adalah dosa awak dan dia. Tapi bila libatkan nama saya, its getting personal.

"Come and meet me!, so that we can discuss what is your problem with me," kata bekas isteri kedua Datuk Adi Putra iaitu Norshahida Zolkifly, 34, yang berasa berang.

Shahida berang apabila sebuah akaun Instagram palsu mengeluarkan kata-kata negatif mengaitkan seorang rakannya dalam hal peribadi dan rumah tangga yang pernah dilalui dahulu.

Ujar Norshahida, individu yang menggunakan akaun palsu @mannequinraf itu tidak sewajarnya melibatkan orang lain jika mempunyai masalah dengan dirinya yang pernah berkahwin dengan aktor itu.

Klik untuk gambar besar


Norshahida berkata demikian selepas memuatnaik komen sebuah akaun di laman sosial Instagram seorang rakannya yang bergambar bersama pelakon popular Syafiq Kyle.

"Akak ni rakan baik Shahida bekas isteri Adi Putra kan? tidak hairanlah perangai sama. Jangan marah," tulis akaun berkenaan.

Menurut Norshahida, dia sudah lama bersabar dengan individu berkenaan dan berharap dapat mengenali identiti sebenar disebalik akaun palsu berkenaan.

"Sabar memang sabar tapi dah lama tengok id ni. Manusia ni macam-macam, boleh tahu perangai orang, kenal saya ke?



"Sama-sama kita doakan dia agar dapat kasih sayang dari siapa-siapa yang dia nak, moga berjodohan dengan artis, baru tahu rasanya," tuturnya yang berkahwin dengan Adi sebagai isteri kedua pada 20 Jun 2016 sebelum bercerai.

Untuk makluman, pada 23 Mac lalu, Adi mengesahkan dia tidak lagi mempunyai hubungan dengan kedua-dua isterinya. Dia membuat pengumuman mengenai perpisahan itu menerusi laman Instagram.

Pada 18 Januari lalu, pelakon KL Gengster itu mengumumkan bernikah semula dengan bekas isteri pertamanya Aida Yusof atau nama sebenarnya Zuhaidah Yusof, 43.

Adi dan Zuhaidah berkahwin kali pertama pada 14 April 2006 dan tidak dikurnaikan cahaya mata sebaliknya mempunyai seorang anak angkat Zara Adelia yang kini berusia lima tahun.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: