01 April 2018

DAKWAAN NIKAH MAC - ERRA NAFI, ENGGAN BERAHSIA


Menegaskan tidak akan merahsiakan berita perkahwinannya daripada pihak media dan peminat, pelakon dan penyanyi Erra Fazira, 44, berkata yang dia sedia berkongsi berita gembira itu jika benar ia berlaku.





"Terbukti cakap-cakap saya nak berkahwin bulan ini tidak benar sama sekali. Saya selalu cakap, jangan dengar cakap orang.

"Hari ini hari terakhir Mac, jadi semua dakwaan orang tak benar sama sekali. Saya masih menjalani kehidupan seperti biasa. Tidak ada perkembangan terbaru melainkan soal kerjaya saja.

"Macam selalu dikatakan, kalau ada khabar gembira mengenai perkara ini saya akan kongsikan kepada semua. Saya faham tugas rakan media yang ada bersama saya dari dulu sampai sekarang.

Klik untuk gambar besar


"Sebaiknya tunggu berita sahih ini daripada saya sendiri. Jangan percaya cakap-cakap orang atau dengar gosip yang disebarkan. Saya takkan kahwin senyap-senyap. Doakan saja yang terbaik buat saya," katanya.

Pada Januari lalu, timbul dakwaan mengatakan Erra bakal berkahwin penyanyi Shahir Zawawi pada bulan Mac ini.

Bagaimanapun, Erra yang ditemui pada majlis pengumuman penyertaannya bersama syarikat pengurusan Mind Order Sdn Bhd ketika itu turut menafikan berita yang tersebar.






www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: