01 April 2018

SELAMAT NIKAH - CRISTINA SUZANNE KINI BERGELAR ISTERI


Tahniah kami ucapkan kepada pelakon berdarah kacukan Melayu-Jerman, Cristina Suzanne yang telah selamat bernikah dan menamatkan zaman bujang dengan pilihan hatinya.





Difahamkan, pelakon filem 'Surf This Love' ini bergelar isteri kepada jejaka bernama M Faiz Zakaria yang berasal dari Johor.

Berita tersebut dikongsikan oleh Cristina menerusi laman Instagram dengan memuatnaik sekeping gambar pernikahan dan meletakkan kapsyen 310318.

Menerusi carian Astro Gempak di laman Instagram, Cristina dipercayai melangsungkan pernikahan dengan M Faiz Zakaria yang berasal dari Johor.

Klik untuk gambar besar


Melihat pada ruangan komen pada gambar itu, ia telah dihujani dengan ucapan tahniah yang dikirimkan oleh teman-teman Cristina.

Pelakon jelita itu turut membalas perutusan tahniah yang diberikan oleh rakan-rakannya dengan ucapan terima kasih.

Majlis berinai Cristina dan suami diadakan pada Jumaat lalu (30 Mac) manakala majlis akad nikah pula berlangsung semalam (31 Mac).

Apa-apapun, semoga ikatan yang dibina kekal sehingga ke syurga!








www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak, @cristinastockstill & @sitifaizaamira


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: