19 March 2018

'SINDIR' & JENAMA: "TAK BERI KESAN, USAHA SEJAK 2017" - FAZURA


Sebelum ini Noor Neelofa dikatakan 'menyindir' Nur Fazura, namun begitu.. isteri kepada Fattah Amin ini bagamanapun enggan mempedulikan isu tersebut dan tidak terkesan andai sindiran itu berbentuk provokasi untuk mengusik emosinya.





Kata Fazura, apa yang berlaku bukan urusannya dan berasakan adalah lebih baik fokus pada diri sendiri sahaja. Pun begitu, andai ada insan di luar sana yang tetap mahu fokus pada dirinya, itu terserah kepada mereka.

Tambah pelakon dan penyanyi berusia 34 tahun itu, dia tidak tahu niat orang terhadapnya dan beranggapan adalah lebih baik untuk tidak bercakap mengenai hal itu.

"Saya tidak mahu bercakap pasal orang dan kalau orang nak cakap pasal saya, terpulanglah. Kalau betul sekali pun ada pihak berniat berbuat demikian seperti didakwa, perkara itu tidak langsung memberi kesan terhadap diri saya," katanya.

Klik untuk gambar besar


Terdahulu, video yang dimuatnaik Neelofa, dikatakan menyindir Fazura kerana dialog yang sama telah dikecam hebat. Dengan wajah yang agak sinis, Neelofa bersama beberapa rakan sama-sama ketawa dengan sindiran itu.

Peminat yang berkongsikan video berkenaan mula mengkritik tindakan Neelofa yang seolah sengaja mencetuskan 'pergaduhan'. Rata-rata ramai tidak bersetuju dengan sikap Neelofa yang dikatakan tidak matang dan kurang ajar.

Tampil dengan produk bulu mata, Be Faz, ada yang turut menyamakan nama itu dengan produk Neelofa, Be Lofa. Tidak melatah, Fazura tidak kisah untuk berkongsi jenama dan produk itu sudah diperkenalkan sejak 2017 lagi.



Katanya, isu itu bukan masalah besar sebab pihaknya sudah mengusahakan produk itu dan menjalankan kempen sejak tahun lalu.

Cuma, katanya dia mengambil masa untuk melancarkannya sejajar dengan penganjuran showcase One Music Live Session: Fazura bertempat di Clarke Ballroom, Hotel Le Meridien Kuala Lumpur, petang semalam.

"Kalau ada orang lain nak gunakan jenama itu pun tak mengapa. Saya okay saja jika nak berkongsi nama dan idea. Saya sedar dengan timbulnya perkara itu, saya juga boleh menjadi sumber inspirasi buat orang lain," ujarnya.

Baginya, dia enggan melayan atau ambil peduli dengan sebarang provokasi yang dilihat sengaja mengusik emosinya.






www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: