14 April 2018

11 FOTO - SHENTY FELIZIANA KINI ISTERI PELAKON INDONESIA


Tahniah kami ucapkan kepada pelakon dan bekas pengacara HLive, Shenty Feliziana, 29, yang telah selamat bernikah semalam dengan pelakon Indonesia, Reuben Elishama, 40, yang merupakan seorang duda dan mempunyai anak berusia 17 tahun.





Shenty atau nama sebenarnya, Shenty Feliziana Sudirman, diijab kabulkan dengan Reuben sekitar jam 4 petang dalam sebuah majlis indah yang diadakan di Villa Halia Botanic Gardens, Singapura.

Sedondon mengenakan busana serba putih, Reuben menghadiahkan mas kahwin yang diberikan berupa satu set barang kemas kepada Shenty.

Reuben dan Shenty yang aktif berlakon di Malaysia mula berkenalan sebagai rakan pelakon ketika menjalani penggambaran siri 'Dosa' pada Jun tahun lalu.

Klik untuk gambar besar


Hubungan mereka mula berputik sejurus selepas penggambaran tersebut tamat lalu Shenty dan Reuben menjalin ikatan cinta.

Mengadakan majlis merisik pada November tahun lalu, Shenty bakal menetap di Indonesia selepas berkahwin.

Antara rakan selebriti yang hadir ke majlis perkahwinan Shenty adalah Nina Nadira, Shalma Aina dan Syamim Farid.

Majlis resepsi pengantin perempuan akan diadakan esok sementara majlis sebelah lelaki pula dijangka berlangsung di Bali, Indonesia pada penghujung April.




















www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: