07 April 2018
ANAK BONGSU MASIH DI ICU - AZRUL CHAM MOHON DOA
Menerusi laman Instagram, pelawak dan pelakon, Azrul Zaidi telah berkongsi kisah anak bongsunya yang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) baru-baru ini.
Azrul memuatnaik sekeping gambar anaknya itu, Nur Raudah Batrisyia yang berada di ICU selama 10 hari masih terus menerima rawatan.
Menurutnya, doktor mengambil air tulang belakang anaknya itu untuk mengkaji jangkitan kuman yang sudah merebak ke otak.
Klik untuk gambar besar
Status Azrul di Instagramnya itu mendapat perhatian netizen yang bersimpati dengan nasib si kecil itu.
Selepas menerima rawatan dan perhatian daripada doktor di Hospital Serdang, keadaan anak Azrul itu semakin stabil tetapi masih diberi pemantauan doktor dari masa ke semasa.
Katanya, doktor masih menunggu ujian selepas proses mengambil air tulang belakang anaknya itu untuk menentukan jenis ubat antibiotik yang sesuai untuk rawatan seterusnya.
www.myartis.com / Sumber: Azrul IG
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment