"Saya sedia bermadu tapi entahlah...yang pastinya apa yang boleh saya katakan adalah mungkin kami sudah tiada jodoh.

"Saya reda bercerai," jelas penyanyi Deja Moss yag mengesahkan bahawa suaminya, Azfendy Datuk Azzuddin Ahmad telah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur minggu lalu.
Ditanya punca perceraian, ulas Deja atau nama sebenarnya Sharifah Hadijah Wan Moss, 45, antara alasan adalah kerana mereka tidak mempunyai anak.
Klik untuk gambar besar

Menurut laporan Sinar Harian, Deja yang berkahwin dengan Azfendy pada 30 Ogos 2008 itu berkata, bahawa mereka sudah tidak lagi tinggal sebumbung.
"Bagi mengelak terlalu memikirkan mengenai perkara ini sekarang saya tumpukan kepada kerja-kerja amal melalui Kembara Amal Ventures. Dan saya menghambakan diri kepada Pencipta saya," ujar Deja positif.

www.myartis.com / Sumber: Sinar Harian
________________________

No comments:
Post a Comment