08 April 2018

BRTM 2018: JUARA & VOKAL TERBAIK - HARIZ PEROLEH RM25K


Nampaknya pertandingan akhir Bintang RTM 2018 (BRTM 2018) yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, malam semalam telah berlabuhkan tirainya setelah menobatkan peserta kelahiran negeri Selangor iaitu Hariz sebagai juara.





Dengan kemenangan tersebut, ia melayakkan Hariz yang berusia 24 tahun itu membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM20,000.

Selain kemenangan itu, dia juga membawa pulang trofi vokal terbaik dengan hadiah wang tunai RM5,000.

Pada peringkat akhir tersebut, Hariz menyampaikan lagu ciptaan Manusia Putih berjudul Yang Terbaik menerusi segmen pertama dan lagu Fantasi dan Polaroid berduet bersama Mel Sakura.

Bagi tempat kedua pula jatuh kepada Heidi yang memperoleh hadiah wang tunai berjumlah RM15,000. Manakala Hafiz terpaksa berpuas hati di tempat ketiga dan menerima hadiah wang tunai RM10,000.

Klik untuk gambar besar


Selain tempat ketiga, Hafiz turut diumumkan sebagai pemenang kategori Persembahan Terbaik dan menerima hadiah wang tunai RM5,000.

Sementara itu, tiga peserta lain iaitu Ferona, Anna dan Yasser turut menerima hadiah saguhati berupa wang tunai berjumlah RM1,000 setiap seorang.

Hariz ketika ditemui selepas selesai pertandingan tersebut memberitahu, dia tidak menyangka mendapat kemenangan itu memandangkan persaingan sengit daripada peserta lain.

Bagaimanapun dia menganggap kemenangan tersebut sebagai rezekinya dan berharap karier nyanyiannya akan terus berkembang selepas ini.



"Sejujurnya saya tidak langsung kerana semua peserta ada kelebihan masing-masing. Bagi saya segmen paling mencabar ketika menyanyikan lagu solo.

"Kerana ia lagu baru yang mana tidak pernah dengar dan saya perlu menghayati agar orang lain juga dapat apa yang saya sampaikan," ujarnya.

Pada peringkat akhir itu, kesemua peserta BRTM 2018 diberikan tiga tugasan iaitu berduet dengan vokalis band terkenal, lagu baharu dan pusingan battle.

Enam juri profesional yang mengadili BRTM 2018 ialah Datuk Mokhzani Ismail, Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan Adibah Nor.

Penyanyi Misha Omar dan Aqasha bertindak sebagai pengacara. Pertandingan itu turut diserikan dengan persembahan istimewa daripada Sufian Suhaimi, Datuk Awie dan Ella.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: