15 April 2018

ANAK NORA & NEDIM 'TAK COMEL' - PENGGUNA TWITTER 'DISEKOLAHKAN'


Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter bertanya mengapa bayi pelakon Nora Danish dan Nedim Nazri yang baru dilahirkan sebulan lepas tidak comel.





"Saya tak bermaksud nak biadab tapi kenapa anak Nora Danish tak…hmmm, tak co... ish susahnya nak cakap. Maksud saya, lihatlah kedua ibu-bapanya.

"Mereka segak. Saya ingat semua bayi lahir comel? Tapi, ummm, kenapa bayi dia (Nora) tak comel?" tulis pengguna itu.

Bagaimanapun, kata-kata tersebut telah membuatkannya dikecam bertubi-tubi oleh netizen. Menurutnya, dia menulis tweet itu kerana dia hanya memberi reaksi kepada tweets yang ditulis orang lain.

Akibatnya, dia dihina gemuk dan buruk oleh pengguna Twitter lain sehingga terpaksa menukar gambar profil.

Klik untuk gambar besar


Pengguna Twitter tersebut telah memadam tweetnya namun menerima bahawa dia telah membuat kesilapan.

Seorang pengguna Twitter melahirkan kekesalan yang anak Nora baru lahir tetapi sudah jadi mangsa buli siber.

Apa-apapun, soal comel atau tidak ini perkara subjektif namun anda sendiri pasti tidak suka jika paras rupa anak anda dikutuk.

Ada kalanya, ada pendapat yang tak perlu diluahkan, tak gitu? Tunggulah sedikit masa lagi pasti bayi Ney Ney bertambah segak.






















www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: