08 April 2018

ANJUR KELAS LAKONAN - OGY JEMPUT FATTAH AMIN


"Saya mahu Fattah Amin untuk datang ke kelas saya belajar lebih banyak ilmu daripada segi lakonan supaya dapat mempelbagaikan teknik penyampaian dalam lakonan.





"Rugi sekiranya dia tidak menggunakan peluang yang ada sekarang ini kerana namanya tengah popular.

"Apa yang saya lihat pelakon sekarang tidak tahu untuk bermain dengan emosi ketika berlakon. Mereka ini lebih pada menghafal skrip daripada penghayatan dalam setiap watak yang diberikan.

"Ini kerana mereka tidak faham situasi apa yang ingin dilakonkan jadi bagaimana mereka hendak faham emosi yang hendak disampaikan kepada penonton," jelas pelakon dan penyanyi Fauziah Ahmad Daud.

Beliau yang lebih mesra dipanggil Ogy itu menjemput Fattah Amin untuk memasuki kelas lakonan yang diadakan olehnya.

Klik untuk gambar besar


Menurutnya lagi, dia mahu Fattah untuk mempelajari lebih banyak teknik berlakon supaya dapat memantapkan lagi lakonannya pada masa akan datang.

Sebut saja nama Ogy, pasti ramai yang teringat bagaimana jujurnya lakonan pelakon wanita ini dalam membawakan watak sehingga meninggalkan kesan kepada penonton.

Namun adakah Fattah akan menghadiri kelas lakonan tersebut, tidaklah diketahui. Namun umum mengetahui bahawa Fattah pernah menghadiri beberapa kelas lakonan dan nyanyian.

Ianya bagi memperbaiki kelemahan dirinya yang dilabel sebagai kayu itu di awal kehadirannya di dalam dunia seni.








www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: