22 April 2018

JALANI PROGRAM KECERGASAN INTENSIF - ABAM SUSUT 11 KG


"Tuntutan kerja lakonan mendorong saya untuk menurunkan berat badan. Saya tak boleh cepat mengah kerana kerjaya ini memerlukan pergerakan yang aktif.





"Saya mahu jadi pelakon serba boleh dan tidak terbatas dengan watak tertentu saja... Kalau boleh saya nak jadi pelakon aksi.

"Mungkin keinginan itu dilihat mustahil, tapi saya sentiasa percaya kepada keajaiban," kata pelawak dan pelakon Abam Bocey yang berjaya menurunkan berat badan sebanyak 11 kilogram.

Berat badan Abam turun selepas dua minggu mengikuti pelan diet dan senaman dalam talian sambil dipantau jurulatih kecergasan.

Abam berkata, dia bersemangat dengan pelan diet dan senaman yang diperkenalkan kerana dikendalikan secara berkumpulan seramai 40 orang.

Klik untuk gambar besar


"Memang pernah berputus asa hendak kurangkan berat badan. Tapi apabila berada dalam pasukan yang selalu berhubung di aplikasi WhatsApp dan media sosial, kita jadi bersemangat.

"Mood datang setiap hari dan mahu bersaing sesama kami. Jadi kita berentap siapa yang boleh turunkan kilogram paling banyak.

"Apabila ada jurulatih pantau, ia tak susah. Cuma hati kena cekal dan berdisiplin. Nafsu makan pun kena jaga," ujarnya yang terkenal dengan slogan 'Gemuk Is Awesome'.

Ditanya mengenai kemungkinan isterinya, Siti Nurhidayah Mohd Ali yang dinikahi pada 8 Disember tahun lalu berbadan dua, Abam reda mereka belum ada rezeki menimang cahaya mata.

Baru-baru ini, Abam terbabit dengan penggambaran telefilem 3 Bahadol yang turut dibintangi Nasha Aziz untuk siaran sebuah stesen televisyen (TV) kabel, pada Aidilfitri kelak.


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: